Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Melawat IAT Bizz Di MADA Corp


Road To Agro Tourism Siri-4  - Zon Utara Oleh MTC : Melawat  IAT Bizz Di MADA Corp | Salam. Lawatan kami seterusnya adalah melawat Iat Bizz  yang terletak di Mada Corp. Mada Corp ni di area Kedah juga lah.. Siapa yang nak tengok produk-produk tempatan yang dihasilkan dibawah pihak MADA, boleh tengok gambar kat bawah eh. Mana tau korang nak beli.. Boleh datang ke IAT Bizz Di MADA Corp okay ? 

Apa itu IAT BIZZ ?

IAT BIZZ adalah pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan. Misi IAT BIZZ ialah untuk meletakkan produk-produk setaraf antarabangsa. Peranan ditubuhkan IAT BIZZ ialah untuk memperkenalkan dan meiakkan profil produk di dalam negara mahupun peringkat pasaran antarabangsa, 

IAT BIZZ juga bertindak sebagai menyebarkan matlumat dan risikan pasaran yang terkini yang lebih relevan dengan pasaran ketika ini supaya usahawan IAT BIZZ dapat berdaya saing dengan usahawan yang lain.

IAT BIZZ mensasarkan ingin mencapai jualan sejuta dalam setahun dan tidak kira jualan di dalam negara mahupun luar negara !
Jus mangga
 Bilis bercili . 

Senarai Pembekal Dan Produk IAT BIZZ

Kesihatan & Kecantikan : 7 Pembekal 11 produk
Makanan Segera : 6 Pembekal 14 Jenis Produk
Bahan Masakan : 13 Pembekal 41 Jenis Produk
Minuman : 12 Pembekal  56 Jenis Minuman
Snek : 20 Pembekal 80 Jenis Produk
Kraf : 8 Pembekal  61 Jenis Produk

Pemilihan Produk 
Dalam pemilihan produk kenalah menepati piawaian antarabangsa . Penetapan dan kriteria dan syarat produk dan kapasiti pengeluaran produk dapat menampung kehendak pasaran

Tempat 
IAT BIZZ sebagai one stop centre . IAT BIZZ tempatkan produk-produk di pasaraya melalui kehendak pengedar dan tempahan secara online hanya untuk pengedar sah sahaja.

Harga
Penetapan harga sesuatu produk yang kompetitif , margin keuntungan IAT BIZZ >25 % dan penetapan harga ditetapan oleh IAT BIZZ berdasarkan kualiti dan kuantiti produk.

Promosi
IAT BIZZ membuat promosi dengan mengadakan demo masakan, pelancaran produk baru dan perkenalkan produk. Mempromosi produk melalui online dan media sosial juga mengikuti program pameran, ekspo, festival di dalam negara dna juga luar negara.
Mee Saffron
 Produk Frangi Spani
Kuih Batang buruk Nisya
 Pes masakan
 Mi Lidi dari Faiqa
 koleksi perfume artis malaysia
 koleksi kraf
 Biskut Oat by Keliz
 Siapa nak belajar buat bedak sejuk makcun boleh try belajar..

Selain terdapat koleksi produk-produk local yang ada IAT Bizz di Mada Corp, juga terdapat mini cafe yang menjual pelbagai jenis kek, manisan dan air ! Semua makanan dan minuman kat sini semua sedap-sedap tau so siapa nak try hasil kerja IAT Bizz , boleh datang ke MADA Corp okay ? 
 kek coklat
 manisan..
 Laksa Kedah yang sedappp ! 

So sesiapa yang berminat nak pasarkan produk-produk kat IAT BIZZ ni, bolehlah datang ke MADA Corp untuk pertanyaan lanjut mengenai cara-cara pasarkan produk dan sebagainya.. Kalau boleh yang datang tu kenalah orang Kedah ye. Hehe. Ok lah tu je lah. Salam semuaa :)

Untuk Pertanyaan  Lanjut Mengenai IAT BIZZ 
Alamat : MADA Headquarters, Ampang Jajar, 05990 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Contact : Tel : 04 – 772 8255  Fax : 04 – 772 2667
Email : promada[at]mada[dot]gov[dot]my

3 comments