Restoran Chili's Crab Seafood - Rancangan TV1 Walla
Restoran Chili's Crab Seafood - Rancangan TV1 Walla | Salam.. Lama tak update blog.. Baru terfikir lupa nak update pasal food review uzu kat Restoran Chili's Crac Seafood dalam rancangan Walla yang bakal disiarkan di TV1 pada bulan october 2016 nanti..
Untuk pengetahuan, pengacara rancangan Walla ialah Abang Brian merangkap Penyampai Suria FM, dah pernah join Master Chef Malaysia.. Haaa ramai dah kenal abang brian kan??
Bila dah banyak kali ulang tu, dah boleh lahh hafal sikit-sikit menu-menu tapi tak taw lah apa jadi kat dalam TV nanti. Part mana diorang ambik. hehehe,
Untuk pengetahuan, pengacara rancangan Walla ialah Abang Brian merangkap Penyampai Suria FM, dah pernah join Master Chef Malaysia.. Haaa ramai dah kenal abang brian kan??
Ok untuk slot uzu, tempat shooting kiterang kat Restoran Chili's Crab Seafood Damansara.. Well tempat orang kekaya semua kat Damansara.. Yang suka seaffod tu kena try menu-menu yang sedap sangattttt weii di Restoran Chili's Crab Seafood.. Ok meh uzu memperkenalkan menu yang uzu dah try hari tu..
Restoran Chili's Crab Seafood Damansara
Sotong Telur Masin. Sotong digoreng dan dimasak dengan telur kuning masin dan rempah ratus. Sedap. Uzu first time makan sotong yang dimasak dengan telur kuning masin..Hewhew nanti nak try masak kat rumah..
Maggi Ketam.. Macam biasa lah megi campur ketam. Besar tak ketam dia? Haaa bayangkan sorang punya makan.. Dapat habis tak? Uzu sejujurnya 1st time makan megi ketam ni. Selalu makan megi kari, megi asam laksa yang beli kat kedai tu haa.. Korang kena try yang ni..
Menu yang paling femes kat sini.. Tengok nama restoran ni apa? Chilis crab kan? Haaa ni lah menu utama Restoran Chili's Crab Seafood ni... Menu ni nama dia Ketam Cili atau Chilis Crab . Dogoreng atau stim mengikut permintaan pelanggan dan kemudian dimasak dengan cili atau rempah ratus kemudian ditambah telur.. Nyummy ! Yang tak tahan pedas macam uzu, sila sediakan air.. Memang kick cili dia ni.. Hehehe
Wohaaaa yang uzu uzu bagi 5/5 bintang ! 1st time uzu rasa menu ni.. Ini Baby Crab yang digaul dengan sos. Dijadikan makanan ringan atau snacks sebagai pembuka selera. Digoreng garing dan digaul dengan sos istimewa dari restoran ni.. Memang wajib cuba ok..?!
Menu yang paling susah nak sebut. Hahaha. Ketam Kam Heong.. Di masak dengan campuran udang kering, cili api dan sos tiram. Ketam distim atau digoreng.
Yang ni uzu lupa nama dia. tapi menu ketam ni kan, takde kulit yang keras tu. Lembut je bila dimakan.. Memang sedap wei.. Layan habisss.
Yang ni Mantau. Roti ni dimakan dengan menu-menu yang ada diatas.. Campur lah dengan ketam chili ke, itu ke ini ke.. Boleh je masuk semua..
Bagi yang suka sangatt makan ketam, boleh datang ke Restoran Chili's Crab Seafood sebab semuamenu-menu ni berasaskan ketam je. Haaa uzu bagi 5/5 bintang untuk restoran ni.. Semua ketam-ketam situ fresh dan diambil setiap hari dari bangladesh. Ketam pun segar. Alhamdulillah menepati selera tekak uzu.. Jom ke Restoran Chili's Crab Seafood !
Alamat :
Restoran Chili's Crab Seafood
26-1, Jalan PJU 5/9,
Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor
Contact : 0172424200 / 03 61416033
*Pilihan Jalan-Jalan Cari Makan
Disebalik Tabir Shooting Walla bersama uzu !
First time jumpa abang brian.. Dalam hati ni neves. abang brian kan retis. Ni mesti dia bajet femes ni.
Tapi bila dah duduk semeja. Hoii kemain mesra abang brian.. Dia dengan mulut kepoh tak berhenti cakao. Tak berhenti tanya itu ini.. Siap mengadu itu ini.. Memang sekepala lah kekdahnya. Selamber je aku kau ngan uzu.. hahaha. Baik sangat dia. Tak sombong ! hewhew. Kita neves ni kan, jadi tak neves olehnye. Thanks abang brian !
Scene memula kengkonon tersempak abang brian di kedai makan. aharhar
Sedapnye dia makan sorang. Waktu ni nak berlakon ape ntah. Kaku je.. "apa aku nak buat eh?"
Tengah ready nak shoot skrip paling panjang tanpa stop. fening nak hafal menu2 ni haha.
Tapi kan nasib baik kakak-kakak team Walla ni semua sporting dan tak marah pun kalau salah sebut.. Shoot 2 3 4 5 kali pun takpe. Diorang still senyum.. Its ok. We redo .
Pengalaman? Hmm my 1st shoot ever.. Memang gagap dengan bahasa sabah ni kan.. Ntah ape uzu cakap.. Camne lah rupenya nanti.. macam malu pulak nak tengok. Hahahahahaha.. InsyaAllah nantikan uzu update bila uzu punya turn keluar TV.. Thanks korang yang selalu support uzu.. Muahciked. Assalamualaikum.
Jom Baca : Disebalik Tabir Walla part #1
6 comments