Majlis Perasmian Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Yang Dianjurkan Oleh Malaysia Tourism Council ( MTC )


Majlis Perasmian Road To Agro Tourism Siri-4  - Zon Utara Yang Dianjurkan Oleh Malaysia Tourism Council ( MTC ) | Assalamualaikum dan salah sejahtera semua. Sempena perasman Road To Agro Tourism Siri-4 yang di anjurkan oleh Malaysia Tourism Council ( MTC ) yang dirasmikan di Lembaga Pertubuhan Peladang oleh Timbalan Ketua Pengarah LPP .

Untuk matluman, Road To Agro Tourism akan dibuat di seluruh Malaysia dan Fam Trip yang pertama di adakan ialah RTA1 Zon Selatan iaitu pada September 2017. RTA2 pulak diadakan di Zon tengah Disember 2017 dan untuk fam trip RTA3 diadakan pada Wilayah Persekutuan dan tibalah RTA4 iaitu fam trip ke Utara yang merangkupi negeri Kedah, Perlis & Langkawi.

Untuk  Road To Agro Tourism Siri-4  - Zon Utara , antara badan-badan yang memberi kerjasama yang besar iaitu daripada MADA, LADA,  dan LPP yang banyak menyokong  program yang dijalan selama 5 hari 4 malam..

Pihak Malaysia Tourism Council ( MTC ) menegaskan bahawa,  antara objektif-objektif yang positif yang menjadi keutamaan MTC antaranya ialah :

  1. Mempromosi destinasi Agro Pelancongan Domestik yang menarik
  2. Mempromosi juga kebudayaan dan kesenian penduduk tempatan
  3. Mempromosi sejarah dan warisan tempatan
  4. Membina dan mengukuhkan jariangan industri pelancongan
  5. Merancakkan sektor Agro Pelancongan
  6. Mempromosikan kraf tempatan
  7. Menyuntik semangat kepada pemain-pemain indusri agro pelancongan

Ucapan Presiden MTC - Encik Uzaidi Udanis
Ucapan VVIP - Lembaga Pertubuhan Peladang
Juga turut hadir Encik Amin selaku orang kuat MTC..
  Lawatan di dalam galeri Lembaga Pertubuhan Peladang
 Produk-produk bumipura

Untuk Fam Trip Road To Agro Tourism Siri-4  - Zon Utara ada 25 destinasi yang telah dirancang untuk dilawati dan kesemua tempat-tempat tersebut semestinya tempat-tempat yang terkenal dan wajib dikunjung!

Road To Agro Tourism Siri 4 berkonsepkan NBOS di sektor pelancongan dan pihak MTC percaya bahawa  dengan kerjasama ini , akan memberi impak yang besar untuk memberi peluang bagi  ekonomi tempatan untuk dikenali bukan sahaja di pasaran Malaysia tetapi di luar negara.

1 comments