As-Salam
Wahhhhh what a beautiful place ! Langkawi ! Here I come ! Ok actually,minggu lalu uzu start midsem seminggu. Memandangkan tiket flight ke Sabah pon tak beli sebab tiket mahal, uzu pun plan p Langkawi kat rumah abg uzu kat situ area Kuah. Uzu excited sebab uzu sorang ja dalam family tak sampai Langkawi lagi. So, Ambil kesempatan cuti p Langkawi pula. Melawat negeri orang. Yeahhh =)
Salah satu tempat uzu p ialah Oriental Village. Plan nak naik cable car punya pasal lah ni. So abg uzu bawa lah p Oriental Village.
Masuk ja Oriental Village, terus p beratur beli tiket naik cable car. Panjang juga barisan. Demi ke-excited-an tu, uzu sanggup berbaris panjang. Pergh panas. Nasib baik ada kipas. Ada dalam 15 minit juga uzu berbaris.
Bila sampai turn, tiket dah banyak habis. Tiket jam 7:30 malam ada lah. Waktu tu, jam 7:30 nak tengok apa kan.. Gelap gelita. Dengan rasa kecewa, uzu pon tak jadi beli tiket dan maknanya tak jadi la naik cable car. Oh my Allah... Kecewa.kecewa.
Gambar kat bawah ni view dia macam ala-ala winter sonata macam kat korea. Haha. Lawa..
Serius! Masuk ja tempat ni memang cantik. Pemandangan yang hijau . Tempat ni pon macam area maca mhutan-hutan sikit. Masuk ja tempat ni, macam-macam ada. Gerai jualan cerderhati, kedai coklat, restoran, tempat rekreasi, dan banyakkk lagi. Uzu berkesempatan ke tempat-tempat di atas ja lah memandangkan dah waktu petang.. Tak sempat nak meronda semua..
Ni tempat menarik yang ada kat dalam Oriental Village ni. Boleh try tengok..
Siapa yang teringin nak bercuti kat Langkawi, tempat ni memang best sebab tempat paling banyak pengunjung terutama di musim cuti sekolah. Memang wajib p tempat ni. :) Serius best !! Tak rugi. Memang terbaikk . Thanks to my bro and his wife bawa uzu kat situ. Awesome !
Alhamdulillah. Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam | Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga. Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.
“Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. “Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat. Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.
Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu. Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.
“Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas,” katanya. Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.
As-Salam
Pemenang Top Referral
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D
*via google analytic
Pemenang Random
Cash RM50
1. 27
2. 89
3. 265
4. 312
5. 84
Perfume Gred AAA Bernilai RM50
1. 132
2. 309
3. 390
4. 93
5. 58
Tahniah kepada semua pemenang. Sila tuntut hadia Mini GA anda segera. Masa untuk menuntut diberi sebanyak 5 hari sahaja dari tarikh hari ini.
Top Referral :-
Nama :
Alamat :
No fon :
No Acc Bank :
Jenis Bank :
Email :
Pemenang perfume :-
Nama :
Alamat :
No fon :
Pemenang cash :-
Nama :
No acc :
Jenis bank :
Email :
Terima kasih yang sudi join Mini GA uzu. InsyaAllah bulan depan ada lagi Mini GA seperti ini. Thanks sesangat yang join. Ramai sangat join kali ini :)