Dulu Wanita Korea, Kini Lelaki Korea Sebelum VS Selepas Pembedahan - Dari lelaki yang tidak mempunyai rupa kepada lelaki yang menjadi pujaan ramai gadis di dunia ini. Tak percaya tengok gambar di bawah ini perubahan seorang lelaki sebelum VS selepas pembedahan plastik.
Kisah Benar Mayat Tak Diterima Bumi Di Gombak - Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.
Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.
Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Invalid Domain Name
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.
Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
sumber : Amar
Asslamualaikum
Event Pelancarang Video Brosur BlooggersTV di Khadijah's Kitchen Setapak - Event Video Brosur bersamaBloogersTV ini berlangsung di Khadijah's Kicthen Setapak yang mana event sempena Perasmian Video Brocur bersama BloogersTV.
Ramai blogger yang hadir ketika itu dan yang turut memeriahkan launch tersebut ialah Team Blue Nagas dan Team Video Brosur serta artis-artis yang terlibat.
Uzu datang agak lewat sangat sekitar jam 4:10 petang disebabkan di Syukri Tahir yang sesat jalan, jammed dan keadaan cuaca yang hujan. Hehe. Uzu tumpang ST ja sebab tempat tu pun agak jauh.
Bila sampai, amboih meriahnya event . Sempoi pulak tu. Macam-macam ada. Ada game , persembahan nyanyian, cabutan bertuah dan photo booth.
Seronok beronok-ronok bila dapat jumpa rakan blogger yang lain. Semua pun sporting ! Hehehe. Nanti jumpa lagi .. InsyaAllah.
Event BlooggersTV ini di taja oleh : Idea Master By Puji , Car Stickers Malaysia Rilgis Pro Sticker | Kahwin | Label | Kereta, Cheez & Choc dan Coklatmanis2u . Thanks kepada sponser :)
Tak lupa juga a big thanks to Blooggers kerana menjemput para blogger untuk menghadiri event ini. Semoga team Blooggers dikenali ramai dan berjaya mencapai misi. Amin. Bye2. Salam
David Teo Rancang Terbit Filem Misteri Villa Nabila - Baru baru ini kita telah digemparkan dengan berita kehilangan remaja di Villa Nabila yang mana Villa Nabila adalah tempat yang menyeramkan berikutan kejadian misteri yang berlaku suatu ketika dahulu.
Misteri kehilangan remaja di Villa Nabila membuatkan penerbit filem David Teo tertarik untuk menerbitkan filem misteri Villa Nabila. Misteri Villa Nabila di Johor Bahru akan diterbitkan sebagai filem dokumentari berkaitan penunggu yang menjadi penghuni banglo sejak 40 tahun dan perancangan David Teo ia akan menjadi filem yang kuat.
“Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar”
Namun yang demikian, projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan dan MIG merancang ingin mengeluarkan filem setaraf Highland Tower yang berjaya dan mengutip sebanyak 3.5 juta di pawagam
Semestinya ramai yang akan tertarik dengan filem ini bahkan ada yang tak sabar menanti kemunculan filem ini. Diharap filem ini berjaya di terbitkan dan akan menarik lebih ramai penonton di pawagam kelak.
Periksa Paha Isteri, Ramai Wanita Tak Sedar Dirogol Jin Ketika Tidur - Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi. Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halis tanpa disedarinya.
Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.
Kisah Sebenar Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila
6 Versi Kisah Villa Nabila
Remaja Hilang Ditemui
6 Versi Kisah Villa Nabila
Remaja Hilang Ditemui
Tak Pasal Pasal Kecoh...! - Kes Villa Nabila- Johor Bahru: “Kami bukan mahu melihat hantu, tetapi pergi ke situ sekadar suka-suka,” kata Mohamad Izzat Izuddin Hussin, 16, yang disangka hilang dan disorok hantu di banglo usang Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, tapi sebenarnya bermalam di rumah kawan.
Mohamad Izzat yang dilaporkan hilang sejak tengah malam Sabtu lalu sebelum dikesan, awal pagi semalam berkata, tiada kejadian tidak diingini berlaku di banglo berkenaan ketika dia bersama kira-kira 30 rakannya berkunjung ke situ.
Menurutnya, selepas keluar dari Villa Nabila awal pagi Ahad lalu, dia dan beberapa rakan sempat ke Masjid Ayer Molek untuk solat sebelum makan di sebuah restoran makanan segera.
“Saya bimbang dimarah ibu kerana pulang lewat lalu mengambil keputusan tidur di rumah kawan, namun tidak sangka ia menyebabkan kekecohan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentral, di sini, bersama ibunya, semalam.
Mohamad Izzat berkata, dia hanya sedar keluarga mencarinya selepas diberitahu rakan polis datang mencarinya di rumah.
“Selepas ke Villa Nabila, saya tidak pulang ke rumah di Kampung Melayu Majidee kerana sudah lewat. Saya bimbang dimarahi ibu dan tidak dapat menghubunginya kerana tidak ingat nombor telefon.
“Saya tiba di rumah rakan kira-kira jam 5 pagi dan terus tidur kepenatan. Saya tidak sedar orang ramai mencari saya kerana menyangka hilang.
“Saya terkejut apabila ada anggota polis ke rumah rakan untuk mencari saya dan memohon maaf kerana menyusahkan banyak pihak,” katanya.
Pelajar tingkatan empat itu berkata, dia dan rakan berkunjung di banglo usang itu kerana mahu menghabiskan masa sempena cuti sekolah.
“Biasanya kami berjalan sekitar bandar, tetapi kali ini ke Villa Nabila yang berhampiran Teluk Danga kira-kira jam 12 tengah malam selepas seorang kawan memberi cadangan,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Norhayati Mohamad, 38, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada polis kira-kira jam 2 pagi memaklumkan anak ketiga daripada tujuh beradik itu ditemui di rumah rakannya di Flat Taman Desa Mutiara, Tebrau, di sini.
Sumber: Harian Metro
Terkini ! Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui - Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.
Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.
Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti. Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.
sumber : mazidulakmal
Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.
Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.
Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.
Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
Kisah Sebenar Remaja Hilang Di Villa Nabila | Kecoh kisah kehilangan orang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor.
Kisah sebenar ini yang kongsikan dari Blog Mazidul Akmal Sidek.
“Fakta sebenar?,” itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.
“Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan,” lapor Zulhazri.
“Jadi apakah hubung kaitannya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?,” tanya saya lagi.
“Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu,” jelas Zulhazri.Kini pihak polis tidak membenarkan orang awam untuk memasuki kawasan villa terbabit. sekaligus mengelakkan kesesakan lalu-lintas di jalan utama
Misteri ! Remaja Hilang Di Villa Nabila | Trending kini di Twitter dan Facebook mengenai beberapa remaja yang hilang di sebuah villa misteri di Johor. Villa tersebut, Villa Nabila sebelum ini pernah tersenarai sebagai salah sebuah tempat berhantu didalam portal perlancongan di US. (Villa Nabila Berhantu)
Tersebar menerusi beberapa laman sosial lain (TIDAK RASMI/KHABAR ANGIN), dikatakan 30 remaja telah memasuki villa tersebut untuk tujuan dokumentasi. Malangnya hanya 7 sahaja yang berjaya keluar manakala 23 lagi masih hilang.
Namun, menerusi laman Twitter wartawan Hazrey, hanya seorang remaja yang hilang dan dia dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin, berumur 16 tahun. Beliau di percayai telah masuk ke Villa tersebut sejak hari Sabtu lalu. Bagi yang terjumpa remaja ini, sila hubungi 07- 2212999.
Turut dilaporkan, pihak polis mengesahkan hanya menerima satu laporan sahaja mengenai kehilangan remaja tersebut.
Majlis Sidang Media Pelancaran Acara Langkawi Naturally Magical, Kedah 2013 - Pada 16 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu, satu sidang media telah diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan.
Tetamu terhormat yang hadir ialah YAB. Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah) Dato' Dr Ong Hong Peng (Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Azhar Mansor, (Presiden Langkawi Naturally Magical Sdn Bhd), Dr Yusuf Bin Ismail (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA), Haji Mohd Rawi Abdul Hamid (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah), Dato'Wira Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali (Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman) dan Mr.Inbashekaran Mariappen (CEO Langkawi Naturally Magical Sdn Bhd).
Majlis sidang media ini merupakan kerjasama yang statergik antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Pejabat Negeri Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Naturally Magical Sdn. Bhd.
Festival yang dijadualkan selama 18 hari ini, yang mana festival akan bermula pada 19 Disember 2013 sehingga 5 Januari 2014 bertempat di Pantai Lagenda dan Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Ianya dilihat bakal menjadi sebuah acara yang mampu menambah kepada tarikan sedia ada aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi. Acara ini jugak merupakan acara "Highlight" kepada Majlis Perasmian Perdana VMY 2014 yang akan diadakan pada 4 Januari 2014 di Dataran Merdeka.
Pulau Langkawi, Kedah merupakan tempat yang julung-julung kalinya diadakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) dan pastinnya TMM ini akan memacu industri pelancongan Malaysia ke tahap lebih tinggi, melonjakkan industri pelancongan yang ideal bagi pelancong domestik dan antarabangsa.
Daripada statistik dan pencapaian kehadiran pelancong ke Malaysia pada suku tahun ketiga 2013 (January-September 2013) adalah sangat membanggakan dan pengiktirafan demi pengiktirafan diterima oleh negara kita yang mana Kuala Lumpur diiktiraf sebagai destinasi ke-4 membeli belah yang terbaik di dunia.
Diharap negara kita akan mencapai objektif dan memberi impak positif kepada industri pelancongan terutama di Pulau Langkawi sebagai tempat utama Tahun Melawat Malaysia 2013 (TMM 2014)
As-Salam
Alhamdulillah apa yang uzu nantikan telahpun uzu dapat. Lama dah tunggu, bila lah dapat 5000 follower ni.
Akhirnya selama beberapa tahun berblogging dengan penuh kesabaran dan minat, tercapai juga :)
Terima kasih kepada follower-follower uzu semua. Terima kasih kepada yang menyokong. Terima kasih kepada yang memberi tunjuk ajar dan Terima kasih kepada blogger yang bersusah senang bersama uzu selama ni. I love korang2 semua :)
So, siapakah follower ke-5000 blog http://www.kisahemasputih.com/ ? Hehehe. Tahniah kepada....
Jom lah kita semua follow blog ni. Newbies lagi ni. Hehehe. Thanks sekali lagi untuk HuDa yang sudi follow blog uzu. Rajin2kan lah melawat blog ni. Hehe. k bye Salam.
Just Call Me Uzu
Search This Blog
Powered by Blogger.
Achievements
Travel To
- Thailand
- Laos
- Japan
- Korea
- Philippines
- Cambodia
- Brunei
- Vietnam
- Indonesia
- Malaysia
- Singapore
My Favourites Blog
-
-
-
Jeruk Pak Ali Seberang jaya17 hours ago
-
-
-
Welcome 2025 : Nak Tenang1 week ago
-
-
-
-
Blog Terabai.. Kerja Baru.. Restart!3 weeks ago
-
-
-
BLOG TINGGAL NAMA JER5 weeks ago
-
Suatu Tempat Yang Perlu Ditujui2 months ago
-
Hello & Hi2 months ago
-
-
-
-
-
-
RESIPI KEK PAUN OREN11 months ago
-
Ke Mana Hilangnya Nenek Ku, Hjh Fatimah?1 year ago
-
Dia Pergi Selamanya1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
DAA TRIP (CAMBODIA & VIETNAM) 20195 years ago
-
-
Cara Tukar Tupperware Rosak Di Stokis5 years ago
-
-
-
10 TAHUN IJAB QABUL7 years ago
-
-
♪ Kelabu ♪7 years ago
-
BLOG ARCHIVE
-
►
2024
(4)
- ► 12/22 - 12/29 (1)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 04/14 - 04/21 (2)
-
►
2023
(17)
- ► 12/24 - 12/31 (2)
- ► 12/17 - 12/24 (2)
- ► 11/26 - 12/03 (1)
- ► 06/25 - 07/02 (1)
- ► 05/21 - 05/28 (1)
- ► 04/16 - 04/23 (1)
- ► 03/26 - 04/02 (1)
- ► 03/19 - 03/26 (1)
- ► 03/12 - 03/19 (1)
- ► 03/05 - 03/12 (1)
- ► 02/05 - 02/12 (1)
- ► 01/29 - 02/05 (1)
- ► 01/08 - 01/15 (1)
- ► 01/01 - 01/08 (2)
-
►
2022
(34)
- ► 12/18 - 12/25 (1)
- ► 12/04 - 12/11 (1)
- ► 11/27 - 12/04 (1)
- ► 11/13 - 11/20 (1)
- ► 11/06 - 11/13 (1)
- ► 10/23 - 10/30 (1)
- ► 10/09 - 10/16 (1)
- ► 09/25 - 10/02 (1)
- ► 09/18 - 09/25 (1)
- ► 08/28 - 09/04 (2)
- ► 08/21 - 08/28 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 07/17 - 07/24 (2)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 06/12 - 06/19 (1)
- ► 06/05 - 06/12 (1)
- ► 03/27 - 04/03 (5)
- ► 03/20 - 03/27 (3)
- ► 02/27 - 03/06 (1)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 02/06 - 02/13 (1)
- ► 01/30 - 02/06 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2021
(15)
- ► 12/05 - 12/12 (1)
- ► 10/03 - 10/10 (2)
- ► 08/29 - 09/05 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (2)
- ► 07/25 - 08/01 (1)
- ► 04/25 - 05/02 (2)
- ► 04/18 - 04/25 (2)
- ► 02/21 - 02/28 (1)
- ► 02/14 - 02/21 (1)
- ► 01/10 - 01/17 (1)
-
►
2020
(23)
- ► 12/20 - 12/27 (1)
- ► 11/29 - 12/06 (2)
- ► 11/08 - 11/15 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (1)
- ► 09/06 - 09/13 (1)
- ► 08/30 - 09/06 (3)
- ► 08/23 - 08/30 (1)
- ► 08/09 - 08/16 (1)
- ► 07/05 - 07/12 (1)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/12 - 04/19 (1)
- ► 03/22 - 03/29 (1)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 02/23 - 03/01 (1)
- ► 02/09 - 02/16 (1)
- ► 02/02 - 02/09 (4)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
-
►
2019
(33)
- ► 12/29 - 01/05 (1)
- ► 12/15 - 12/22 (3)
- ► 12/08 - 12/15 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (1)
- ► 10/06 - 10/13 (3)
- ► 09/29 - 10/06 (3)
- ► 09/22 - 09/29 (2)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/04 - 08/11 (2)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 06/30 - 07/07 (1)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 05/26 - 06/02 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (2)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (1)
- ► 04/21 - 04/28 (1)
- ► 01/20 - 01/27 (1)
- ► 01/13 - 01/20 (1)
-
►
2018
(80)
- ► 10/28 - 11/04 (1)
- ► 10/14 - 10/21 (3)
- ► 10/07 - 10/14 (3)
- ► 09/23 - 09/30 (4)
- ► 09/16 - 09/23 (2)
- ► 09/09 - 09/16 (3)
- ► 09/02 - 09/09 (3)
- ► 08/26 - 09/02 (1)
- ► 08/19 - 08/26 (1)
- ► 08/12 - 08/19 (2)
- ► 08/05 - 08/12 (1)
- ► 07/29 - 08/05 (2)
- ► 07/22 - 07/29 (1)
- ► 07/15 - 07/22 (3)
- ► 07/08 - 07/15 (2)
- ► 06/10 - 06/17 (2)
- ► 06/03 - 06/10 (3)
- ► 05/27 - 06/03 (3)
- ► 05/20 - 05/27 (3)
- ► 05/13 - 05/20 (4)
- ► 05/06 - 05/13 (1)
- ► 04/29 - 05/06 (3)
- ► 04/22 - 04/29 (1)
- ► 04/01 - 04/08 (1)
- ► 03/25 - 04/01 (3)
- ► 03/18 - 03/25 (2)
- ► 03/11 - 03/18 (7)
- ► 03/04 - 03/11 (3)
- ► 02/18 - 02/25 (1)
- ► 02/11 - 02/18 (2)
- ► 01/21 - 01/28 (6)
- ► 01/14 - 01/21 (2)
- ► 01/07 - 01/14 (1)
-
►
2017
(164)
- ► 12/31 - 01/07 (2)
- ► 12/24 - 12/31 (2)
- ► 12/17 - 12/24 (3)
- ► 12/10 - 12/17 (6)
- ► 12/03 - 12/10 (2)
- ► 11/26 - 12/03 (3)
- ► 11/19 - 11/26 (6)
- ► 11/12 - 11/19 (1)
- ► 11/05 - 11/12 (4)
- ► 10/29 - 11/05 (5)
- ► 10/22 - 10/29 (1)
- ► 10/15 - 10/22 (2)
- ► 10/08 - 10/15 (5)
- ► 10/01 - 10/08 (7)
- ► 09/24 - 10/01 (1)
- ► 09/17 - 09/24 (6)
- ► 09/10 - 09/17 (2)
- ► 09/03 - 09/10 (3)
- ► 08/27 - 09/03 (1)
- ► 08/20 - 08/27 (3)
- ► 08/06 - 08/13 (2)
- ► 07/30 - 08/06 (1)
- ► 07/16 - 07/23 (1)
- ► 07/09 - 07/16 (2)
- ► 07/02 - 07/09 (2)
- ► 06/25 - 07/02 (1)
- ► 06/18 - 06/25 (4)
- ► 06/11 - 06/18 (5)
- ► 06/04 - 06/11 (5)
- ► 05/28 - 06/04 (3)
- ► 05/21 - 05/28 (1)
- ► 05/14 - 05/21 (2)
- ► 05/07 - 05/14 (1)
- ► 04/30 - 05/07 (1)
- ► 04/23 - 04/30 (5)
- ► 04/16 - 04/23 (8)
- ► 04/09 - 04/16 (7)
- ► 04/02 - 04/09 (1)
- ► 03/26 - 04/02 (6)
- ► 03/12 - 03/19 (2)
- ► 03/05 - 03/12 (1)
- ► 02/26 - 03/05 (9)
- ► 02/19 - 02/26 (3)
- ► 02/12 - 02/19 (3)
- ► 02/05 - 02/12 (3)
- ► 01/29 - 02/05 (6)
- ► 01/22 - 01/29 (1)
- ► 01/15 - 01/22 (2)
- ► 01/08 - 01/15 (2)
- ► 01/01 - 01/08 (9)
-
►
2016
(157)
- ► 12/25 - 01/01 (6)
- ► 12/18 - 12/25 (2)
- ► 12/11 - 12/18 (4)
- ► 12/04 - 12/11 (1)
- ► 11/27 - 12/04 (3)
- ► 11/20 - 11/27 (1)
- ► 11/13 - 11/20 (2)
- ► 11/06 - 11/13 (2)
- ► 10/30 - 11/06 (3)
- ► 10/09 - 10/16 (6)
- ► 10/02 - 10/09 (3)
- ► 09/18 - 09/25 (1)
- ► 09/11 - 09/18 (3)
- ► 09/04 - 09/11 (2)
- ► 08/28 - 09/04 (4)
- ► 08/21 - 08/28 (6)
- ► 08/14 - 08/21 (3)
- ► 08/07 - 08/14 (4)
- ► 07/31 - 08/07 (1)
- ► 07/24 - 07/31 (4)
- ► 07/17 - 07/24 (3)
- ► 06/26 - 07/03 (1)
- ► 06/12 - 06/19 (2)
- ► 06/05 - 06/12 (5)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (3)
- ► 05/15 - 05/22 (11)
- ► 05/08 - 05/15 (3)
- ► 05/01 - 05/08 (1)
- ► 04/24 - 05/01 (5)
- ► 04/17 - 04/24 (4)
- ► 04/10 - 04/17 (3)
- ► 04/03 - 04/10 (6)
- ► 03/27 - 04/03 (3)
- ► 03/20 - 03/27 (11)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 03/06 - 03/13 (2)
- ► 02/28 - 03/06 (5)
- ► 02/21 - 02/28 (4)
- ► 02/14 - 02/21 (3)
- ► 02/07 - 02/14 (1)
- ► 01/31 - 02/07 (3)
- ► 01/24 - 01/31 (1)
- ► 01/17 - 01/24 (1)
- ► 01/10 - 01/17 (2)
- ► 01/03 - 01/10 (4)
-
►
2015
(203)
- ► 12/27 - 01/03 (3)
- ► 12/20 - 12/27 (5)
- ► 12/13 - 12/20 (3)
- ► 12/06 - 12/13 (3)
- ► 11/29 - 12/06 (3)
- ► 11/22 - 11/29 (5)
- ► 11/15 - 11/22 (4)
- ► 11/08 - 11/15 (1)
- ► 10/25 - 11/01 (4)
- ► 10/18 - 10/25 (4)
- ► 10/11 - 10/18 (3)
- ► 10/04 - 10/11 (3)
- ► 09/27 - 10/04 (2)
- ► 09/20 - 09/27 (6)
- ► 09/13 - 09/20 (8)
- ► 09/06 - 09/13 (4)
- ► 08/30 - 09/06 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (2)
- ► 08/16 - 08/23 (3)
- ► 08/09 - 08/16 (6)
- ► 08/02 - 08/09 (4)
- ► 07/26 - 08/02 (2)
- ► 07/19 - 07/26 (4)
- ► 07/12 - 07/19 (2)
- ► 07/05 - 07/12 (2)
- ► 06/28 - 07/05 (4)
- ► 06/21 - 06/28 (6)
- ► 06/14 - 06/21 (6)
- ► 06/07 - 06/14 (2)
- ► 05/31 - 06/07 (1)
- ► 05/17 - 05/24 (3)
- ► 05/10 - 05/17 (4)
- ► 05/03 - 05/10 (4)
- ► 04/26 - 05/03 (2)
- ► 04/19 - 04/26 (4)
- ► 04/12 - 04/19 (3)
- ► 04/05 - 04/12 (2)
- ► 03/29 - 04/05 (4)
- ► 03/22 - 03/29 (8)
- ► 03/15 - 03/22 (6)
- ► 03/08 - 03/15 (5)
- ► 03/01 - 03/08 (6)
- ► 02/22 - 03/01 (4)
- ► 02/15 - 02/22 (5)
- ► 02/08 - 02/15 (4)
- ► 02/01 - 02/08 (4)
- ► 01/25 - 02/01 (7)
- ► 01/18 - 01/25 (7)
- ► 01/11 - 01/18 (6)
- ► 01/04 - 01/11 (9)
-
►
2014
(310)
- ► 12/28 - 01/04 (4)
- ► 12/21 - 12/28 (3)
- ► 12/14 - 12/21 (3)
- ► 12/07 - 12/14 (7)
- ► 11/30 - 12/07 (9)
- ► 11/23 - 11/30 (8)
- ► 11/16 - 11/23 (4)
- ► 11/09 - 11/16 (10)
- ► 11/02 - 11/09 (8)
- ► 10/26 - 11/02 (13)
- ► 10/19 - 10/26 (10)
- ► 10/12 - 10/19 (8)
- ► 10/05 - 10/12 (11)
- ► 09/28 - 10/05 (14)
- ► 09/21 - 09/28 (8)
- ► 09/14 - 09/21 (8)
- ► 09/07 - 09/14 (9)
- ► 08/31 - 09/07 (8)
- ► 08/24 - 08/31 (5)
- ► 08/17 - 08/24 (3)
- ► 08/10 - 08/17 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (1)
- ► 07/27 - 08/03 (2)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/13 - 07/20 (6)
- ► 07/06 - 07/13 (3)
- ► 06/29 - 07/06 (7)
- ► 06/22 - 06/29 (2)
- ► 06/15 - 06/22 (4)
- ► 06/08 - 06/15 (1)
- ► 06/01 - 06/08 (4)
- ► 05/25 - 06/01 (6)
- ► 05/18 - 05/25 (7)
- ► 05/11 - 05/18 (2)
- ► 05/04 - 05/11 (4)
- ► 04/27 - 05/04 (5)
- ► 04/20 - 04/27 (7)
- ► 04/13 - 04/20 (6)
- ► 04/06 - 04/13 (10)
- ► 03/30 - 04/06 (12)
- ► 03/23 - 03/30 (16)
- ► 03/16 - 03/23 (8)
- ► 03/09 - 03/16 (8)
- ► 03/02 - 03/09 (2)
- ► 02/23 - 03/02 (3)
- ► 02/16 - 02/23 (2)
- ► 02/09 - 02/16 (2)
- ► 02/02 - 02/09 (2)
- ► 01/26 - 02/02 (3)
- ► 01/19 - 01/26 (2)
- ► 01/12 - 01/19 (5)
- ► 01/05 - 01/12 (6)
-
▼
2013
(1278)
- ► 12/29 - 01/05 (3)
- ► 12/22 - 12/29 (4)
- ► 12/15 - 12/22 (6)
- ► 12/08 - 12/15 (13)
- ► 12/01 - 12/08 (15)
- ► 11/24 - 12/01 (7)
-
▼
11/17 - 11/24
(13)
- Gambar Pertunangan Anak Dara Aziz M. Osman
- Dulu Wanita Korea, Kini Lelaki Korea Sebelum VS Se...
- Kisah Benar Mayat Tak Diterima Bumi Di Gombak
- Event Video Brosur Bersama BlooggersTV di Khadijah...
- David Teo Rancang Terbit Filem Misteri Villa Nabila
- Periksa Paha Isteri, Ramai Wanita Tak Sedar Dirogo...
- Tak Pasal Pasal Kecoh...! - Kes Villa Nabila
- Terkini ! Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui
- 6 Versi Kisah Villa Nabila
- Gempar !! Kisah Sebenar Misteri Remaja Hilang Di V...
- Misteri ! Remaja Hilang Di Villa Nabila
- Majlis Sidang Media Pelancaran Acara Langkawi Natu...
- www.kisahemasputih.com Sudah 5000 Follower
- ► 11/10 - 11/17 (18)
- ► 11/03 - 11/10 (6)
- ► 10/27 - 11/03 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (12)
- ► 10/13 - 10/20 (19)
- ► 10/06 - 10/13 (5)
- ► 09/29 - 10/06 (16)
- ► 09/22 - 09/29 (15)
- ► 09/15 - 09/22 (18)
- ► 09/08 - 09/15 (17)
- ► 09/01 - 09/08 (25)
- ► 08/25 - 09/01 (12)
- ► 08/18 - 08/25 (23)
- ► 08/11 - 08/18 (13)
- ► 08/04 - 08/11 (2)
- ► 07/28 - 08/04 (15)
- ► 07/21 - 07/28 (20)
- ► 07/14 - 07/21 (26)
- ► 07/07 - 07/14 (36)
- ► 06/30 - 07/07 (23)
- ► 06/23 - 06/30 (28)
- ► 06/16 - 06/23 (31)
- ► 06/09 - 06/16 (22)
- ► 06/02 - 06/09 (21)
- ► 05/26 - 06/02 (29)
- ► 05/19 - 05/26 (33)
- ► 05/12 - 05/19 (32)
- ► 05/05 - 05/12 (27)
- ► 04/28 - 05/05 (46)
- ► 04/21 - 04/28 (41)
- ► 04/14 - 04/21 (37)
- ► 04/07 - 04/14 (51)
- ► 03/31 - 04/07 (25)
- ► 03/24 - 03/31 (56)
- ► 03/17 - 03/24 (49)
- ► 03/10 - 03/17 (45)
- ► 03/03 - 03/10 (43)
- ► 02/24 - 03/03 (33)
- ► 02/17 - 02/24 (54)
- ► 02/10 - 02/17 (44)
- ► 02/03 - 02/10 (31)
- ► 01/27 - 02/03 (21)
- ► 01/20 - 01/27 (38)
- ► 01/13 - 01/20 (31)
- ► 01/06 - 01/13 (27)
-
►
2012
(565)
- ► 12/30 - 01/06 (24)
- ► 12/23 - 12/30 (13)
- ► 12/16 - 12/23 (19)
- ► 12/09 - 12/16 (18)
- ► 12/02 - 12/09 (22)
- ► 11/25 - 12/02 (25)
- ► 11/18 - 11/25 (33)
- ► 11/11 - 11/18 (10)
- ► 11/04 - 11/11 (13)
- ► 10/28 - 11/04 (9)
- ► 10/21 - 10/28 (6)
- ► 10/14 - 10/21 (12)
- ► 10/07 - 10/14 (6)
- ► 09/30 - 10/07 (11)
- ► 09/23 - 09/30 (12)
- ► 09/16 - 09/23 (5)
- ► 09/09 - 09/16 (3)
- ► 09/02 - 09/09 (6)
- ► 08/26 - 09/02 (4)
- ► 08/19 - 08/26 (1)
- ► 08/12 - 08/19 (6)
- ► 08/05 - 08/12 (10)
- ► 07/29 - 08/05 (19)
- ► 07/22 - 07/29 (16)
- ► 07/15 - 07/22 (9)
- ► 07/08 - 07/15 (4)
- ► 07/01 - 07/08 (10)
- ► 06/24 - 07/01 (5)
- ► 06/17 - 06/24 (4)
- ► 06/10 - 06/17 (7)
- ► 06/03 - 06/10 (12)
- ► 05/06 - 05/13 (19)
- ► 04/29 - 05/06 (11)
- ► 04/22 - 04/29 (4)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (9)
- ► 04/01 - 04/08 (12)
- ► 03/25 - 04/01 (13)
- ► 03/18 - 03/25 (18)
- ► 03/11 - 03/18 (25)
- ► 03/04 - 03/11 (10)
- ► 02/26 - 03/04 (2)
- ► 02/19 - 02/26 (14)
- ► 02/12 - 02/19 (9)
- ► 02/05 - 02/12 (25)
- ► 01/29 - 02/05 (7)
- ► 01/22 - 01/29 (6)
- ► 01/15 - 01/22 (2)
- ► 01/08 - 01/15 (2)
- ► 01/01 - 01/08 (12)
-
►
2011
(189)
- ► 12/25 - 01/01 (16)
- ► 12/18 - 12/25 (10)
- ► 12/11 - 12/18 (13)
- ► 12/04 - 12/11 (24)
- ► 11/27 - 12/04 (10)
- ► 11/20 - 11/27 (4)
- ► 11/06 - 11/13 (2)
- ► 10/23 - 10/30 (110)
Air Asia Community Blogger
Brand Collaborations
Air Asia | Air Asia Go | Tourism Japan | Tourism Malaysia | Samsung | Philea Mines Resort | Shurah | Sunsilk | Tonton | Media Prima | Swarovski | Himalaya | Yeos | Dr. Ko | Tonton vip | UPM | Uniten | Nivea | Lazada | Mcd | KFC | Honda Malaysia | Cosmoderm | Legoland Malaysia | Loreal | Celebrity fitness | Cimb bank | Booking.com | Isuzu | Flavettes | Chek Hup | SCS Butter | Mahkota | Dairy Champ | Safi | Hershey's| US Pizza | My News | CU Mart | Tasneem Natural | Gamuda | Brother Machice | Das Abdul | The Manhattan Fish Market | Food Panda | Aik Cheong | Litte Home | California Raisin | PG Mall | Guardian |
For Collaborations And Sponsorship
Email : uzu_1990@yahoo.com
Phone number : +60109379609