Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tam Teh Kampung Stay


Road To Agro Tourism Siri-4 - Zon Utara Oleh MTC : Tam Teh Kampung Stay & Pelancaran Caravan | Untuk penginapan kami pada hari kedua dan ketiga, kami semua menginap di Tam Teh Kampung Stay .. Uzu rasa pelik pulak sebab selalunya digelar homestay tapi itu lah uniknya Tam Teh Kampung Stay sebab dia tak sewakan rumah je tapi sekali kampung dia bagi sewa.. Hahaha

Dengar cerita yang ni family bisnes, so Tam Teh Kampung Stay ni semua milik adik beradik, ada abang sulung punya rumah, adik , kakak, so mereka bergabung dan menghasilkan Tam Teh Kampung Stay ni sebagai satu tempat penginapan untuk orang ramai lah lagi-lagi dalam kelompok yang sangat besar macam group kiterang ni.. Nak buat event ke, majlis pelancaran ke, hari keluarga ke semua boleh kat kawasan Tam Teh Kampung Stay :)

'Tam Teh Kampung Stay dikelilingi oleh sawah padi yang luas, Tamteh Homestay menawarkan penginapan yang tenang dan selesa dengan akses Wifi percuma di tempat awam. Ia mengendalikan kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam dan menyediakan tempat letak kenderaan percuma di lokasi.

Chalet-chalet di sini mempunyai pintu masuk peribadi dan dilengkapi dengan lantai kayu/karpet, penyaman udara, rak pakaian dan ruang tempat dengan sofa. Cerek elektrik dan TV dengan saluran tempatan juga disediakan. Bilik mandi dalam bilik mempunyai kemudahan pancuran mandian.

Di Tamteh Homestay, tetamu boleh menyewa basikal/kereta untuk meneroka kawasan ini dan melawat tempat-tempat menarik yang terletak berhampiran. Kakitangan di sini mesra dan fasih berbahasa Melayu, Indonesia dan Inggeris. Mereka boleh membantu tetamu mengatur perkhidmatan dobi dan perkhidmatan ulang-alik.

Kemudahan barbeku disediakan untuk kegunaan tetamu. Sarapan juga boleh disediakan atas permintaan. Homestay ini terletak kira-kira 58 km dari Lapangan Terbang Langkawi.

Penginapan ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Ayer Hitam! Tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini. Penginapan ini juga dinilai baik di Ayer Hitam! Tetamu mendapat lebih nilai untuk wang mereka jika dibandingkan dengan penginapan lain di bandar ini."  - sumber
Kemudahan yang disediakan

Yang ni homestay yang uzu duduk. Dalam ni ada 3 bilik, dalam 1 bilik ada 2 single bed dan 1 extra bed. So 3 orang yang boleh masuk dalam sebilik.. Kira luas juga lah.. Salam 1 homestay boleh muat 9 orang ..
Balcony homestay kiterang
Sebilik ada 2 katil single dan extra bed kat bawah. Ada selimut, cuma tuala je takde..
Peti ais , rice cooker dan almari , heater
Nak makan minum pun ada cawan pinggan sudu garfu
Yang ni bilik kat sebelah..
Haii tetiba nampak Luqman haha

Kemudahan di Tamteh Homestay :
Kawasan luaran
Kemudahan BBQ
Teres
Taman

Haiwan peliharaan
Haiwan kesayangan tidak dibenarkan.

Aktiviti
Berbasikal
Sewaan basikal (caj tambahan)
Karaoke
Taman permainan kanak-kanak
Memancing

Makanan & minuman
Sarapan dalam bilik

Internet
Percuma! Wi-Fi boleh didapati di kawasan umum dan ia adalah percuma.

Parking
Percuma! Tempat meletak kenderaan awam percuma boleh didapati di lokasi (tempahan tidak diperlukan).

Khidmat penyambut tetamu
Meja penyambut tamu 24/7

Khidmat pembersihan
Khidmat pembersihan harian
Dobi

Kemudahan perniagaan
Kemudahan mesyuarat/jamuan

Umum
Khidmat shuttle
Shuttle lapangan terbang (caj tambahan)
Shuttle (caj tambahan)
Penyaman udara
Penyewaan kereta
Bilik keluarga
Khidmat bilik

Kakitangan bertutur dalam
Bahasa Malaysia
Bahasa Indonesia
Bahasa Inggeris
Caravan pun ada kat Tam Teh Kampung Stay

Uzu boleh kata Tam Teh Kampung Stay ni sesuai sangat nak bawak group besar datang. Semua kemudahan adalah sangat selesa. Sebab kawasan Tam Teh Kampung Stay ni betul-betul luas. Parking pun banyak. Yang penting ada juga caravan kat Tam Teh Kampung Stay tu. Harga yang ditawarkan adalah sangat-sangat murah dah uzu berpuas hati menginap di Tam Teh Kampung Stay :) Sesiapa yang berminat nak stay kat sini bawak anak beranak, adik beradik ka atau nak buat family day, boleh lah tengok info kat bawah ye.. 

Matlumat Lanjut :
Tam Teh Homestay / Tam Teh Kampung Stay
KM 22, Jalan Putera, Kampung Lubuk Pinang , 06150 Ayer Hitam, Malaysia
Instagram : https://www.instagram.com/tamtehhomestay/

5 comments