Penerbangan Ke Bali Indonesia Lebih Jimat & Selesa Dengan Air Asia


Penerbangan Ke Bali Indonesia Lebih Jimat & Selesa Dengan Air Asia | Assalamualaikum . Jujurnya, uzu dah bertahun-tahun setia dengan Air Asia . Nak travel p memana mesti by Air Asia.. Nak kata apa? Benda yang tak boleh dinafikan, Air Asia kan kali kelima memang anugerah penerbangan yang paling murah dunia. Hehe tahniah Air Asia dah tahun 2018 tak sure lagi sape menang. Nampak gaya kita kena tunggu lah World Travel Awards (WTA) tahun ini ye..

Sebagai Air Asia Blogger Community,  bila dijemput untuk ke Air Asia Bali Indonesia Fam Trip yang telah diadakan pada 1-4 Mac 2018, uzu sangat berbesar hati untuk menerima kerana ini kali pertama uzu dijemput oleh Air Asia .. Hehehehe terharu lahh walaupun p Bali Indonesia je. Bersyukurlahh tak kisah lah p mana janji dapat jemputan under Air Asia :) Thanks Heiddy for the invitation! :p I terharuu sobssss .. 

Info Penerbangan Direct Flight Air Asia KLIA2 - Denpasar Bali Indonesia

Anyway, penerbangan kami ke Bali Indonesia dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) mengambil perjalanan masa 3 jam dan waktu malaysia dan bali sama je eh waktunya.  

Untuk pengetahuan juga, penerbangan Air Asia ke dari KLIA2 ke Denpasar ( Bali ) Indonesia direct flightye 8 x sehari iaitu pada  Isnin, Selasa , Khamis , Sabtu , dan 9 x sehari pada Rabu, Jumaat dan Ahad.
Luas tak duduk kat hotseat ni? Hehe selesa kan?

3 jam perjalanan ke Denpasar takde lah lama sangat. Lebih kurang p Sabah juga hahah 2  jam 45 minit. Just tambah 15 minit gitoh. Uzu lak kali kedua p Bali tapi tau tak kenapa uzu excited nak p Air Asia Bali Fam Trip ni? Sebab tempat-tempat yang kiterang p adalah tempat yang jarang tourists datang ..

Ehemm back to the topic, macam biasalah kalau naik mana-mana penerbangan kena lah baca secaga info keselamatan di dalam flight.. Tolong ye ambik perhatian kalau pramugara dan pramugari untuk buat demo keselamatan.. Walaupun kita dah bosan dan siap hafal demo keselematan tu kan, bagi je perhatian. Diorang pun dah muak lah kot nak buat demo tapi kan wajib kan demi keselematan korang jugak . Ye dak ?


Siapa yang selalu naik Air Asia hahahha macam uzu memang akan nampak Travel 360 ni. Haa peneman ketika bosan dalam flight.. Uzu suka baca Travel 360 ni sebab memacam info mengenai travel yang boleh kita baca samaada dalam negara atau luar negara. Alaa kalau uzu suka baca negara-negara yang uzu tak pernah p.. Lagipun majalah ni gambar dia cantik-cantik kot. Kita belek belek ulang-ulang 4 5 kali dalma flight pon tak bosan.


Hehehe.. Travel 360 magazine ni dikeluarkan setiap bulan so sesiapa yang kerap travel berpeluanglah nak baca majalah ni kat dalam flight. Tapi kalau rasa minat dengan majalah ni tapi takde masa nak fly kan, boleh rujuk website https://www.travel3sixty.com/magazines/ dan majalah tu boleh download je. Free pulak tu hehehe best kan?
Layan travel 360 magazine. Kebetulanan ada info mengenai Bali..
 Selesa om putih ni duduk di Hotseat.. Dia pon layan travel 360 magazine..
 Om putih kat sebelah siap tengok movie lipat lipat kaki.. Selesa kan hotsea? Upgrade lah seat andaa kalau nak!

Selepas beberapa minit, seperti biasa lah kakak pramugara dan pramugari hidang makanan untuk semua orang. Biasanya kalau naik Air Asia, wajib beli nasi ayam heheh ! Sedappp ! Serius sedap tapi kali ni berbeza sikit lah.. Kiterang dijamu Sate Ayam inflight


Yeahh sejujurnya sate dia lembut, tak keras, sedap sehingga menjilat jari dan kuah kacang dia pun sedap ! Uzu bagi 5/5 bintang ! Satu kelainan makanan sate kat dalam flight tapi puas hati :)


Lepas makan semua masing-masing tidur. Bangun-bangun dah ehh dah sampai. Hihi .  Yang paling best kami di sambut meriah oleh pak supir dan tourist guide. Siap ada bunga bunga lagi. Wuhu... Sampai-sampai benda yang paling penting dalam hidup seorang blogger ialah... internet ! Alllahu sujud syukur lah sebab Air Asia sediakan simkad indonesia ni yeayyy .. 15 GB untuk seminggu? Layan movie je lah kan :p


Memandangkan kami sampai ke Bali dah malam so  takde aktiviti untuk kami pada hari pertama so kiterang terus ke hotel penginapan kami di Swiss Bell-inn Legion selama 2 malam. Kami dapat kunci , makan dinner dan tidur ! Hehehe..
Menu makan malam kami di Swiss Bell-In Legion
 Makanan untuk sorang ! Besar giler piinggan ni ! Tengok gambar atas untuk perbezaan :)
 Bilik sharing dengan kak zu :)

Yeahhh setel dah hari pertama Air Asia Bali Indonesia Fam Trip. Esok hari kedua banyak aktiviti-aktiviti yang kiterang p sampailahh tak sempat nak rehat k hehehe. Tempat yang kiterang p tu pun tempat-tempat menarik bali yang baru, yang ramai dan jarang sangat orang p. So korang wajib lahhhh tunggu next entry okay? Ok lah salam :)

Untuk Matlumat Lanjut

31 comments