Day 4 : Muslim Trip in Kyushu Japan (Kumamoto)

Day 4 : Muslim Trip in Kyushu Japan (Kumamoto) | Salam. Hari keempat kami di Kyushu disambut dengan cuaca yang sangat baik. Kami teruskan perjalan kami hari keempat ke Kuil Kirishima

1) Kuil Kirishima
Kuil ini telah dibina sejak abad ke-6 untuk memuja gunung. Lokasi asal kuil ni terletak di kaki gunung Takachiho-no-mine tapi telah dipindahkan ke lokasi sekarang setelah beberapa kali terbakar kerana terkena letusan gunung berapi. Kuil baru ini telah dibina pada tahun 1715 dan masih bertahan sehingga kini dan telah diiktiraf sebagai “Important Cultural Property of Japan”. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat tempat ini.
tangga naik ke kuil kirishima
kertas suci dikat macam ni
pondok telaga air.
sapa nak minum ke nak cuci tangan atau kaki bolehlah.. 
gift ang dijual di kuil ni
5 blogger ambik gambar kenangan-kenangan di Kuil Kirishima :)

2) Lunch Di Himawri Tei Restaurant
Beralamat di 1880-2 Yaguro-cho, Hitoyoshi, Kumamoto. Lokasi resturant adalah ditepi sungai Kuma dan boleh dilihat pemandangan sungai tersebut sekiranya makan di meja luar restoran. Menu utama iaitu ikan goreng yang bersalut garam adalah merupakan ikan segar yang diperolehi dari sungai Kuma. Harga set hidangan adalah sekitar 1,620 yen. Hubungi +81-966-22-1044 untuk tempahan.
Bila sampai ke restoran ini, kami di sambut dengan patung comel ni bersama berdera jepun dan bendera malaysia. Ni yang buatkan kiterang sangat terharu dan berpusu-pusu ambik gambar :)

 Pintu masuk kedai ni
 Inilah makanan yang telah di hidangkan kepada kami. makanan yang dihidangkan halal.
 Nasi
 Ikan ni fresh ditangkap sendiri di depan restoran. Depan restoran menghadap sungai. Mmg fresh
 tempura

Kami sampai kerestoran ni awal sebab tak nak ketinggal naik river cruise. So kami makan , solat dan bersedia untuk ke river cruise. Tak jauh dari restoran ni. Dalam 5-7 minit dah sampai by car. Nampak tak sungai ni? Sungai ni lah kami akan lalu nanti naik river crise :)

3) River Cruise di Kuma-gawa River

Kuma-gawa River Cruise adalah aktiviti di mana anda kan menyusuri Sungai Kuma menaiki bot, Kuma-gawa kenali sebagai salah satu sungai yang arus dan deras diJepun, antara sungai lain iai lah Saijyo-gawa dan Fuji-gawa. Bot berjalan 19 km dalam setengah jam,melalui banyak batu-batu berbentuk aneh.

 Tiket Kaunter 
 Tangga menuju ke bot
 Masing-masing nefes sebelum bot bergerak. masing-masing nak selamatkan handphone.
 Pakcik driver bot bagi serba sikit tips keselamatan
 Berpengalaman mengayuh bot walaupun sekejap. haha
Pemandangan semasa di river cruise

Pengalaman naik river cruise yang mengambil masa 30-45 minit adalah pengalaman baru bagi uzu. Tapi seronok lah kan boleh relax-relax kat atas bot. Ada masa bot ni tengan. Ada masa bot ni berombak. Tapi takde lah sampai bah korang punya baju. Handphone pun masih selamat di bawah. Yeah sonok!

4) Check in Di Mitsui Garden Hotel.
Kiterang sampai hotel waktu petang. Lepas check in, berehat dihotel sekejap dan ambik masa yang ada untuk aktiviti free and easy. Tak jepun lah kalau tak g jejalan. Kalau nak tido je baik tiduo kat rumah. Hehehe ni lah istilah kiterang guna kalau p memana trip :)

5) Jalan-Jalan Di Bandar Kumamato
Apa yang uzu perasan kat masa jejalan kan jepun ni, persekitaran sangat bersih. Takde homeless. Takde peminta sedekah. Tenang je rasa takde bising-bising bunyi hon. Kita nak jalan2 pun rasa sonok.
Tempat beli minuman. Kalau kat Malaysia benda ni akan diletakkan di dalam bangunan. Tapi kat jepun, selamba dia letak kat luar. Memang kalis air, kalis hujan, kalis salji, kalis panas. semua benda berkalis-kalis. Haha. Bukan tuk beli minuman je, rokok pun ada terjual.
 Jem tak ? Tak kan...?
Kami tak banyak jejalan. Jalan-jalan kami sebenarnya menuju mencari restorang untuk dinner kami pada hari tu . Kami berjalan kaki nak nak 30 minit crai tempat makan tu. Sesat kiterang.

6) Dinner di Higo No Jinya Restuarant
Terletak di celahan bangunan di tengah bandar Kumamoto iaitu di alamat 1-5-20 Shitadouri, Chuo War, Kumamoto. Makanan halal disediakan atas permintaan. Untuk tempahan awal boleh hubungi +81-96-211-1414.
Kalau yang sukakan seafood, mmg sesuai lah korang makan kat sini. Uzu memang jenis makan seafood. Actually uzu ngan seafood ada alergic tapi mungkin itu masa kecik-kecik. Rasanya sekarang dah tak alergic lagi. So bila jumpa restoran yang ada seafood, memng enjoy lah dinner malam tu.
 Sashimi mentah.. Uzu tak makan sangat mentah-mentah ni tapi try juga. Not bad.huhu
 tempura ni mcm makanan wajib je kalau nak makan..
 Nasi ni sedap
 Sedapnyer..
 Ayam dia ni sedap. hmm
 last sekali makan nasi beras berinitikan red bean.

Setel je kami makan, kami balik ke hotel untuk berehat. Memang penat hari tu. Masuk bilik je terus terlena. Hahahaha. Baruuzu faham betapa penatnyaa travel ni.. Ok lah bersambung pulak entry kelima di Kyusu Jepun :)

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip at Kyushu Japan

1 comments