Day 1 : Muslim Trip In Khusyu Japan ( KL - Singapore - Fukuoka )

Day 1 : Muslim Trip In Khusyu Japan ( KL - Singapore - Fukuoka ) | Salam. Alhamdulillah selepas beberapa bulan menunggu akhirnya tiba jua saat-saat paling excited bila dapat jemputan dari Tourism Japan melalui pihak Oro Malaysia Sdn Bhd. Terima kasih kerana memilih uzu salah seorang blogger jemputan untuk muslimah trip di Kyushu Japan pada 1-6 October 2016.

1 October 2016

Kami berkumpul di Kuala Lumpur International Airport(KLIA) seawal( jam 5 petang disambut dengan PR dari pihak ORO Malaysia, Sir Peter Ong. Kedatangan beliau adalah untuk mengiringi kami dan memberi taklimat dan info berkaitan trip ini sebelum kami berlepas.

Flight kami berlepas pada jam 8.20 malam ke Singapore terlebih dahulu untuk transit selama 3 jam sebab flight direct dari KLIA ke Fukuoka tidak available pada masa ini.
Uzu bukan pertama kali ke Singapore tapi first time transit ke Singapore Airport dan teruja tengok airport sangat besar. Info yang kami baru tahu ialah, bila transit kami boleh baucer bernilai claim 20 dollar daripada Singapore Airport. Wowww menarik tak? Memandangkan kami pun tersangat haus dan lapar, so kami sanggup berdiri berbaris untuk mendapatkan kupon 20 dollar. Hehe so tak bayar nak tukar duit. Jimat okeh :) Btw, mengenai claim kupon semasa transit di airport Singapore boleh tanya dengan kaunter pertanyaan.
Untuk info, kedai , cafe , restoran halal tak banyak yang ada di Airport Singapore, rasanya ada hanya 2 3 restoran je yang halal. So sebelum nak beli makanan sila ringankan mulut bertanya :)
Penerbangan kami dari KL ke Singapore mengambil masa sejam dan penerbangan dari Singapore Ke Fukuoka Japan kurang dari 7 jam. Semasa dalam flight , Singapore Airlines sangat selesa sebab bagi bantal, bagi selimut, bagi eyephone, dan ada tv so sepanjang perjalanan tak rasa sangat bosan.

Selepas beberapa jam di dalam flight, kami dihidangkan dengan makanan halal yang direquest oleh pihak Tourism Japan special untuk kami, terima kasih Tourism Japan !! Hehehe. Makanan sangat sedap. Berselera juga tekak ni.
Selepas 7 jam di dalam flight, of coz lah kaki tu dah jetleg. Bila keluar dari kapal, kena isi form putih yang wajib diisi kalau ke luar negara. Kisahnya kami ditahan di imigresen sebab form putih tu matlumat tak lengkap. Matlumat tak lengkap (nama hotel) tidak disediakan oleh pihak yang menguruskan, hanya diberi nama tempat sahaja. Hampir sejam kami ditahan di imigresen selepas 4x try dan error nama hotel tu. Actually kami nak kontek tour guide yang dah siap menunggu ada kat luar airport pun tak boleh sebab wifi takde. Wifi ada tapi krik krik krik. Itu lah halangan kami di hari pertama. Memang strict habis Imigresen Jepun . Siap kena tengking. Alahai.. Hehehe. Sabar je lah..

Pengajarannya, kena isi form tu, kena tulis nama hotel betul-betul. Kena cari alamt hotel tuk isi form putih tu.. Kalau tak, memang disekat lah jawabnye :)

Special Thanks to :
Tourism Japan For Muslim Trip at Kyushu Japan

1 comments