Tips : Pengalaman Beli Emas Tanpa Upah Secara Online

Assalamualaikum

Pernahkah anda membeli emas tanpa upah secara online? Anda percaya dengan website yang menjual emas tanpa upah secara online? Anda ragu-ragu sekiranya ditipu ? Adakah anda tertanya-tanya kualiti emas yang dijual secara online?

Uzu ingin berkongsi pengalaman membeli emas tanpa upah secara online. Mula-mula uzu kurang percaya dengan website tersebut dan menyangka emas yang dijual adalah emas tiruan. Tapi prasangka uzu hilang bila kakak uzu sendiri memberitahu kebenaran emas tanpa upah secara online kerana kakak uzu sendiri telah menghadiri Seminar Perniagaan Emas Perak.

Uzu pernah membeli sebentuk cincin emas 916 tanpa upah secara online di http://gsr2u.com.my/ yang mana ia merupakan laman web yang uzu percaya ketika itu. Melihat kepada website yang teratur dan menarik serta dilihat professional itu, uzu menaruh kepercayaan kepada website tersebut.



Harga yang ditawarkan sangat murah dan menarik perhatian saya. Sebentuk cincin 1 gram yang berharga RM135 termasuk postage serta kotak cincin. Harga cincin bergantung kepada harga emas semasa. Kotak cincin yang diberi sangat cantik. Bukan kotak cincin biasa.

Bila uzu buat pembayaran, Alhamdulillah tidak sampai seminggu cincin sampai. Sepatutnya cincin sampai 2 3 hari je memandangkan saiz cincin yang uzu nak ketika itu not in stock, maka ada kelewatan sedikit.

Alhamdulillah cincin selamat. Cincin yang dijual ialah cincin asli. Ada surat cincin serta kad warranty sekali. Kotak cincin yang diberi berkualiti. Tengok sini --> KLIK

So, siapa yang berniat untuk membeli cincin online tanpa upah tu, sila jenguk-jenguk dulu website tersebut, page dan sewaktu dengannya. Semoga pengalaman saya membeli emas tanpa upah secara online mengurangkan keraguan anda.  Assalamualaikum ^^

8 comments