Fenomena Hujan Meteor Perseids Di Langit Malaysia

Assalamualaikum.

Hari ni nak mengulas sedikit tentang entry Tuan Denaihati iaitu entry Hujan Meteor Perseids Di Langit Malaysia  yang di post pada 12 Ogos 2013.


Masihkah anda ingat tentang Fenomena Hujan Meteor Perseids yang berlaku di Malaysia pada 12 Ogos 2013 (Isnin) yang di jangka akan kelihatan di langitan bermula sekitar jam 11 malam selepas terbenamnya bulan dan fenomena tersebut berakhir pada waktu subuh hari Selasa.

Hujan meteor berlaku disebabkan bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atsmosfera bumi. Yang menariknya kita di Malaysia ini, ia boleh dilihat kerana cahayanya terang dan boleh dilihat pada masa kasar di kawasan lapang. 

Hujan Meteor dikatakan tidak akan kelihatan pada setiap masa tetapi akan kelihatan setiap jam di ruang langit pada keadaaan kawasan yang gelap. Jika anda berada di kawasan bandar, anda sudah terlepas dari melihat kejadian terindah kerana terdapat banyak cahaya dari pelbagai sumber.


Menariknya hujan meteor ini membuatkan ramai rakyat Malaysia terutamanya Jurugambar yang sanggup berjaga pada waktu tersebut semata-mata ingin mendonggak ke langit untuk menyaksikan kejadian indah dari Allah dan menggambil gambar sebagai tanda kenangan. Subhannallah.

Tapi apa yang saya kesalkan pada hari tersebut, ramai yang sanggup berjaga menunggu fenomena hujan meteor ini tetapi jika dibandingkan ketika di bulan ramadhan, kemanakah mereka di 10 malam terakhir ramadhan? Adakah mereka teruja menunggu hari Lailaturqadarsepertimana menunggu fenomena hujan meteor ini? Apa pun, semoga kejadian tersebut dijadikan pengajaran di  masa akan datang. 

7 comments