Bas Jatuh Gaung di Genting Highland, 37 Terkorban



Bas Jatuh Gaung di Genting Highland, 37 Terkorban | Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang, dipetik dari mstar online.

Kemalangan berlaku apabila sebuah bas persiaran terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di KM3.5 Lebuh Raya Karak, Genting Highlands selepas pemandunya hilang kawalan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.45 petang Rabu ketika bas yang melebihi had muatan dengan membawa 49 orang penumpang termasuk pemandu, sedang menuruni Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.








3 comments