Terkini : Gambar Terbaru Lesen Memandu

Lesen Memandu Baru Berkualiti Tinggi Akan Mula Diperkenalkan Bermula 15 Julai | Umum rasanya sudah tahu mengenai cadangan untuk memperkenalkan lesen memandu baru untuk menggantikan lesen memandu lama yang sudah diperkenalkan sejak dari tahun 1989 lagi.Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT). Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini. Pembaharuan di JPJ bermula pada 15 Julai ini. Antara ciri keselamatan lesen baru ini ialah:-

Pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.

Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

Memastikan pemalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.



7 comments