Pulau Pinang Di Landa Tsunami Sekali Lagi ??



Masih lagi bercerita tentang negeri Pulau Pinang. Belum reda lagi isu Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh baru-baru ini, Padang Kota dipercayai dilanda ombak laut setinggi hampir 3.5 meter! Ombak tersebut seolah-olah seperti satu penangan ombak Tsunami. Moga dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana. Kami difahamkan, ombak berkenaan menjulang tinggi sehingga menghempas kawasan darat menyebabkan beberapa kenderaan hampir tenggelam. Ia sama seperti kejadian di negeri Jepun suatu ketika dahulu. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter – Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.


“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,”katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini,” katanya.
Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.

11 comments