Foto : Isteri Apex, Leuniey Natasha Hamil 6 Minggu



Nampaknya berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak kebangsaan akhirnya tiba jua, apabila isteri Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leuniey Natasha telah disahkan hamil enam minggu. 

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Leuniey menerusi sebuah majalah hiburan tempatan dan menurut isteri penjaga gawang gol kebangsaan ini, sewaktu berita kehamilannya itu dimaklumkan, Apex sedang berada di Australia dan turut mengalami ‘morning sickness’ sepertinya. Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. 

Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami ‘morning sickness’ seperti saya. – Ujar Leuniey menerusi laporan Media Hiburan Online. 

Menerusi laman Instagram miliknya, Leuniey turut menafikan kewujudan sebuah akaun Facebook yang menggunakan namanya dan menegaskan bahawa dia langsung tidak mempunyai akaun yang melibatkan laman sosial berkenaan. Ya allah ini bukan pesbukkk saya lah… saya xde pesbukkk pun…ada INSTAGRAM ajaaa..

6 comments