Sikap Kurang Ajar Terhadap Juri, Zain Tersingkir Pada Minggu Ini




Adakah anda menyaksikan MasterChef Selebriti semalam di saluran astro ria? Siapa yang melihatnya pasti panas hati dengan sikap Zain Saidin yang kurang ajar dengan pengadil. 

Sebelum ini dengar khabar Zain Saidin suka tunjuk perangai di set Masterchef Selebriti Malaysia dan penonton menyangka ianya gimik untuk melariskan program.

Semalam, ketika proses penyingkiran berlaku, rasanya satu Malaysia panas hati apabila melihat sendiri sikap kurang ajar Zain dan memperbodohkan dirinya meluahkan perasaan ketidakpuashatian terhadap juri.

Zain mempersoalkan kemenangan Pak Nil kerana tidak adil dalam memberi pengadilan kepada selebriti yang lain namun chef-chef menolak dakwaan tersebut kerana masakan Pak Nil memang sedap malah menambat hati juri..

Namun sikapnya membuatkan penonton Masterchef Selebriti Musim ke-2 merasakan penyingkiran Zain pada minggu ini adalah keputusan yang baik kerana tak sanggup melihat sikap matang beliau seorang Selebriti.

p/s : Bosan dengan sikap Zain & Cik Ta yang over act. Tau la korang nak kahwin tapi ni kan pertandingan. Janganlah over act !  X pasal-II penonton meluat ngan korang

10 comments