KEJAM : Bayi Dicampak Dari Tingkat 5 Pangsapuri


Bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat di temui mati dengan kepala berkecai kerana di percayai di campak dari tingkat lima pangsapuri di Sentul Utara.

Daripada sumber yang di percayai, bayi tersebut dibawah oleh seseorang ke tingkat atas sebelum mencapak bayi perkenaan kerana kesan darah ditemui di tangga bangunan tersebut.

Bayi ini hidup ketika dicampak dan penduduk yang menenui bayi tersebut ketika hendak meletakkan kenderaan di tempat letak kereta di bawah pangsapuri berkenaan. Katanya, ketika berjalan menuju ke rumahnya, beliau melihat benda yang seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis..

diolah oleh : emas putih

13 comments