Isteri Bunuh Suami Ketika Suami Nyenyak Tidur




Seorang isteri yang berusia 30-an telah membunuh suaminya dengan menikam suaminya ketika suaminya nyenyak tidur di dalam rumah mereka di Subang Perdana Court 2, USJ 6/1 , Subang Jaya semalam.

Isteri mangsa yang terbunuh diberkas sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian bunuh yang berlaku sekitar jam 4.45 pagi dan terbongkar apabila polis menyoal siasat 2 lelaki yang diberkas.

Dalam kejadian itu, S. Gunasegaran, 40, mati selepas ditikam di rusuk kiri selain cedera di leher, lengan dan bahu.

Menurut laporan, suaminya selalu memukulnya sehingga si isteri tidak tahan dengan keadaan itu malah disyaki sanggup bersekongkol untuk membunuh suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati salah seorang lelaki yang diberkas itu merupakan kekasih gelap wanita tersebut.


6 comments