Review Filem : Minyak Dagu


As-Salam

Dah tengok Filem Minyak Dagu ?? Dengar-II kutipan untuk Filem Minyak Dagu mencecah 1.2 juta.
Fuhhhh banyak gak kan ?? 
Uzu tak nafikan memang terbaik la filem minyak dagu ni.

Hari tu tengok Filem Minyak Dagu dengan adik-II sepupu , dah la tengah malam, tengok lagi cerita seram.
Perghhh terjerit sana terjerit sini..


Filem ni menceritakan tentang jalan hidup Emelda yang putus tunang dengan Azman disebabkan Azman seorang yang pemarah , pemukul dan panas baran terhadap tunangnya Emelda.
 Kembalinya bekas kekasih Emelda, iaitu Johan membuatkan Emelda kembali kepada Johan dan membuat perancangan berkahwin dengan Emelda.

Azman, bekas tunang Emelda tak puas hati dengan keputusan Emelda putus tunang dan mencari altenatif lain untuk mendapatkan Emelda semula. Azman membuat keputusan untuk menenui bomoh dan membuatkan Emelda tergila-IIkan Azman walaupun sudah berkahwin dengan Johan.

Selepas berkahwin, pelbagai dugaan yang menimpa Emelda . Ibu Emelda berprasangka buruk bahawa Johan yang menyantau Emelda. Keadaan bertambah buruk apabila Ibu Emelda meninggal dunia.

Apa yang terjadi kepada Emelda, Johan dan Azman?

Haaaa yang tu korang kena tengok lah. Sebab lagi best korang tengok sendiri.
Memang seram filem minyak dagu ni.. Banyak kali terkejut. Dah la sound kuat. Aishhh


So yang belum tengok Filem Minyak Dagu ni, cepat-II tengok.
Dijamin puas hati :)

Salam.


15 comments