Anak Pensyarah Politeknik Maut Disuntik Ubat Kecut Rahim Selepas Dilahirkan


As-Salam


Seorang pensyarah Politeknik di Tanjung Malim Perak serta suami memfailkan saman terhadap Hospital KPJ Ipoh kerana didakwa cuai hingga menyebabkan kematian bayi mereka yang baru lahir selepas menyuntik ubat kecut.



Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala.

Norehan berkata, bayinya yang dinamakan Muhammad dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna fizikal, sebelum dimaklumkan bayinya kritikal.

Saya langsung tidak sempat mendakap dan mencium, apatah lagi menyusukan anak saya. Ini kerana beberapa jam dilahirkan, saya dimaklumkan seorang doktor hospital itu bayi saya berada dalam keadaan kritikal selepas diberi satu suntikan, katanya.


Sebelum ini, beberapa rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak, namun tiada persetujuan diperoleh.

p/s : Takziah kepada Pensyarah tersebut. Memang bersimpati lagi-II warga Politeknik.


25 comments