Fenomena Air Laut Merah : Patuhi Nasihat Pihak Berkuasa


As-Salam




KOTA KINABALU 6 Jan. - Orang ramai dinasihat sentiasa mengikuti arahan dan amaran yang diberi pihak berkuasa ekoran fenomena air laut merah yang melanda Sabah ketika ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, orang ramai perlu mengelak daripada mengambil makanan laut yang disahkan mempunyai toksin berlebihan seperti kerang.

Dalam perkembangan sama, beliau turut meminta pihak berkuasa bertindak pro aktif dalam memberi maklumat tentang fenomena itu bagi memastikan keselamatan pengguna di negeri ini.

Fenomena laut merah atau dikenali sebagai 'red tide' yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan 'phytoplankton dinoflagellate' dalam air laut.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan fenomena laut merah yang melanda negeri ini sejak dua bulan lalu telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.

© Utusan Melayu (M) Bhd



11 comments