Tempat Menarik Di Belitung, Indonesia



Tempat Menarik Di Belitung, Indonesia | Salam. Alhamdulillah, rezeki uzu lagi dapat sponsered trip ke luar negara walaupun kat Indonesia je kan :p Uzu dah bersyukur sangat-sangat walaupon dekat je kan, asalkan tempat tu cantik, tempat tu tak pernah pergi, lagi-lagi Indonesia uzu teringin nak pusing satu Indonesia, sebab tempat dia takde yang tak cantik.. :p Semua negeri ada tempat yang cecantik. Same goes with Belitung. Satu tempat yang serius uzu tak well known kewujudannya..

Belitung, Indonesia ni mula famous bila ada blogger-blogger p fam trip under MTN Getaways ( Singapore Travel Agent ) . Uzu memang dah dapat initation awal tapi tarikh tak kena sebab masih kat Sabah. So waktu free yang uzu ada kena sama tarikh dengan Yanty Lee so yeahhh. Lama tak p sponsered fam trip dengan Kak Ty .. Dia selalu busy diknon.. So kali ini alhamdulillah rezeki kami berdua dapat ke Belitung, Indonesia :) So, jommmm nak cerita journey kiterang ke Belitung:) 


Cara-Cara Nak Ke Belitung Dari KL

1. Flight ke Belitung (Tanjung Pandan) takde dari KL so satu-satunya flight yang terdekat dari Malaysia ialah dari Changi Airport (Singapore) . Kalau ada duit korang boleh beli tiket flight kl-singapore. Tapi kiterang nak jimat so gigih naik bas ke memalan direct ke Singapore. Drop off point stesen bas kiterang kat MRT Lavender Singapore.  Dari Mrt Lavender ambik MRT ke Changi Airport. 

- Tiket bas dari KL - Singapore : RM47
- Tiket MRT Lavendar - Mrt Changi  2.70 sing dollar singapore one way ( RM9 )

2. Dari Airport Changi - Tanjung Pandan ( Belitung , Indonesia )

Mengenai Belitung, Indonesia

"Belitung adalah pulau Indonesia di timur Sumatera. Pantai-pulau utama pulau itu, termasuk Tanjung Tinggi dan Tanjung Kelayang, terkenal dengan batu-batu granit bulat, pasir halus dan perairan yang tenang. Pekan terbesar di pulau ini, Tanjung Pandan, mempunyai seni bina kolonial Belanda dan pelabuhan yang berwarna-warni. Pulau Lengkuas, salah satu daripada banyak pulau kecil di luar pesisir, mempunyai sebuah rumah api dan snorkeling abad ke-19 di kalangan terumbu karangnya"

Tempat- Tempat Menarik Di Belitung Indonesia


1. Replika Sekolah Laskar Pelangi

Siapa yang dah tengok filem indonesia yang bertajuk Laskar Pelangi? Haaa siapa yang dah tengok mesti akan kenal dengan replika sekolah laskar pelangi ni sebab disini lah tempat shooting filem tu. Uzu dah tengok dah filem tu selepas balik dari Belitung.. Fuhhh cerita tu memang best giler. Mengisaahkan cikgu-cikgu dan anak-anak muridnya ... Rugi korang takkk tengok. Siyes hehe

replika sekolah laskar pelangi
SD Muhammadiah Gantong
Keadaan dalam kelas dalam filem laskar pelangi

2. Vihara (Kuil) Kwan Im


Vihara Kwan Im ataupun vihara tu nama lainnya ialah kuil, kuil kwan im.. Vihara Kwan Im ialah kuil yang tertua di Belitung . Ia pertama kali ditemui pada 1947 . Maknanya dah beratus tahun kewujudkan kuil ini. Apa yang menjadi kisah yang menarik mengenai kuil ini ialah kononnya Dewi Kwan Im pernah bersembahyang di kuil ini... Nak ke tempat ni 2 jam yee dari bandaar hehe.

ada 80 anak tangga

3. Pantai Burung Mandi (Burung Beach Mandi)
pantai burung mandi

Pantai Burung Mandi adalah sangat-sangat dekat dengan kuil kwan im.. Jarak masanya 5-7 minit naik kereta.. Memang dekat... So rugi tak singgah ke pantai burung mandi ni.. Kenapa nama pantai ini burung mandi? Sebabnya dulu-dulu banyak burung mandi kat sini. Haaa disitu lah nama asal pantai ini dinamakan..
burung beach mandi

4. Pulau Gede Kepayang


Hari kedua kiterang kat Belitung, kami akan ke island hopping. Tapi pagi tu cuaca tak berapa okay sangat... Ombak tinggi, angin kuat, dan berita tsunami yang berlaku pada pagi tu di Sunda, membuatkan kami terpingga-pinga dan rasa takut.. Ada yang takut dan ada yang berani terjah macam kiterang ni. Dalam hati memang banyak berdoa semoga Allah lindungi kami semua..Dan Alhamdulillah cuaca makin cantik bila sampai tengahari..kami pun selamat balikk dengan selamat..

pulau gede kepayang
 jangan lupa ambik gambar di signage ini ...

Antara pantai yang pertama kami jejaki. Kami sampai sini tengahari .. Datang sini sebab nak makan lunch.. Hehehe memang satu pulau yang sangat besar. Ada restoran besar kat pulau ini. Restoran tu besarr dan ramai orangg. Fuhhh bersesak kami nak tunggu makanan. Tapi serius lah lauk pauk seafood makan kat sana memang best siyess! Wajib makan sini... Juga, ada tempat penjagaan dan pemuliharan penyu.. Kekdahnya kalau korang nak lepaskan penyu kat sini, bayar $$$ dan korang akan dapaat tshirt percuma... Menarik bukan? :p Hihi

Cantik kan pantai ini ?
 Lagi cantik bila ambik gambar dengan blogger-blogger kesayangan ni..

5. Pulau Lengkuas Belitung


Pulau lengkuas adalah pulau yang mempunyai light house yang setinggu 82 meter .. Siapa rajin naik boleh naik atas but not for me. Hehehe.. Pulau lengkuas ini adalah hasil tinggalan Belanda sejak tahun 1882.. Bayangkan dah beratus tahun pulau ni ye.. Patut lah ada kubur kat sini hehe..


Dari mana pula datangnya nama Lengkuas? Haa orang dulu dulu kata, orang Belanda panggil "Light House" tapi orang tempatan dengar "lengkuas" haa so jadinya pulau lengkuas lah kekdahnya . Hihi apa yang menariknya kat siini , boleh tengok gambar uzu kat atas.. Syokkk spot ni. Dengar cerita tempat mandi dewi dewi . Haaa macam boleh percaya sikit . Air jernih gila kat tempat ni...
pasir kat sini putihh wakkk
 Air kelapa percuma bila datang ke pulau lengkuas ni. Sedap beb ! Must try !! :p

6. Pulau Garuda 




Pulau ni tempat yang menarik nya ada pulau yang rupa bentuknya macam burung garuda.. Apa yang best kat sini , kami berpeluang masuk ke gua/hutan di tengah-tengah pulau untuk ke tempat-tempat ini..

7. Snorkelling Di Pulau Lengkuas

Mula-mula uzu tak nak snorkellingg.. Memang dah plan tak nak mandii. Tapi dua hati.. Jauh-jauh ke Belitung tak mandi pulakkk. Haa nampak semua mandi, uzu pon mandi.. Fuhhhh tu yang takde gambar sendiri.. Tak bawak gopro .. Uhukkkk :p  Tapi serius best snorkeling kat sana, banyak ikan dan coral.. OMG !!

8. Danau Kaolin Belitung


Antara sebab utama uzu ke Belitung, Indonesia sebab nak ambik gambar kat sini !! Horeyyy masa nak balik baru singgah sini sebab tempat ni terletak di tepi jalan menuju ke aiport.. memang dekat sangat-sangat .. Kat sini tengok macam kawah putih tapi serius berbeza. Kawah Putih bandung bauu yang menyengit.. Ini takde bau langsung.. Sekadar tasik bekas pengalian timah kaolin .. 
cantik tapi tak boleh mandi..

Warna tasik ini betul-betul biruu macam dalam gambar.. Uzu tak edit gambar ni sebab nak simpan warna asal tasik yang sangat-sangat membiru ni.. Pasir dia pun putihhh je.. Cam kat iceland pon ade (elehh macam pernah sampaii haha )..
Kat Malaysia takde pon nak pegang2 tangan. haha Best tak sis :p 
Cantiknyeee . Subhannallah...

9. Musuem Kata Andrea Hirata


Tahu tak siapa Kata Andrea Hirata ? Siapa dia sampai dia ada muzium sendiri ? Haaa dialah penulis buku yang berjaya yang berasal dari Belitung .. Salah satu karyanya mengenai Belitung Indonesia yang mana cerita mengai Belitung diadaptasikan menjadi filem laskar pelangi. Apa yang diceritakan didalam filem laskar pelangi adalah based on true story from him. Kisah hidup sebenar belitung zaman dulu... Musuem ini adalah tempat di mana koleksi buku-buku yang diterbitkan oleh Kata Andrea Hiarata.. Satu-satunya pelajar yang berjaya keluar dari Belitung sebab mendapat biasiswa study di London.. Menarik....


10. Rumah Adat Kampung Ahok


Rumah Adat yang terletak di Kampug Ahok . Kampung Ahok ni namanya diambil oleh nama pemerintah untuk kunjungan pelancong. Rumah adat ini ialah bekas rumah pak ahok yang melambangkan adat adat rumah belitung pada masa lalu yang kini jarang digunakan oleh penduduk Belitung..  Rumah adat ini hampir sama dengan rumah adat melayu. Lebih kurang sama je..
  


11.Dermaga Kirana Belitung

Dermaga Kirana uzu tak dapat p sebab kiterang p island hopping. Geng-geng takk p island hopping tu sempat singgah ke salah satu tempat yang uzuuu dah mark nak p tapi takde rezeki datang sini nak ambik gambar. Hehehe its okay.. Just pinjam gambar segelintir yang pergi sini. Pinjam gambar ye :p

Dermaga Kirana atau rumah keong sesuai juga nak lepak waktu sunset sebab ada tempat best kat sana.. Haaa dengan reka bentuk tempat yang menarik, pasti instgramabe !!

Alhamdulillah guysss walaupun trip kami pendek, tapi sangat-sangat menarik ! Tempat yang kami lawati memang puas hati sesangat ! Korang kena datang ke Pulau Belitung Laskar Pelangi ni sebagai salah satu tempat yang wajib pergi jika ke Indonesia .. Siapa yang ke Singapore atau asal Singapore / Johor memang dekat sangat nak p. Sekali flight je haa dah sampai :p Lagi best kat sini tempat makan semua best best. Next entry uzu kongsikan ye sekali dengan itinerary dan harga pakej ke belitung Hihi ok lahhh guyss salam :)

"Fam "Getaways" Trip To Belitung Island is in Collaborations with Garuda Airlines and all its sponser with MTN Getaways as event coordinator"

Untuk Matlumat Lanjut
☎️ +6565090183  📲 +65 8531 3381 (Faizun) / +65 8289 3688 (Amira)
✉ admin@mtngetaways.com

0 comments