Fam Trip Gaya Travel Jom, Johor ! #Part1


Fam Trip Gaya Travel Jom, Johor ! #Part1 | Assalamualaikum semua :) Selama berpuasa. Amboi dah puasa nak habis baru nak setelkan entry Fam Trip yang dah berbulan-bulan tak setel lagi. Maaf ! Busy sangat-sangat :( Tak pernah lambat macam ni sebelum ni.. Sorry :D Ok lah nakcerita ni, hari tu kan, uzu ke Johor untuk join Fam Trip Gaya Travel Jom, Johor ! , kali ni agak lama sikit dari Fam Trip sebelum ni, tu yang agakk blur nak cerita apa dalam entry :p Btw nak bagitau ni, actually Johor ni banyak tempat menarik yang boleh kita p, hotel yang best-best dan antaranya ialah :

1. Jen Puteri Harbour Hotel, Johor

Perjalanan kami dari KL - Johor lebih kurang 2 jam lebih macam tu, dah sampai. Kami stop kat Jen Puteri Harbour Hotel untuk makan tengahari dan hotel inspection, macam jalan-jalan tengok sekitar hotel dan tengok kemudahan apa yang disediakan oleh Jen Puteri Harbour Hotel sekiranya pelanggan menginap disini ?
Terima kasih Harbour Cafe kerana menjamu kami dengan pelbagai jenis makanan yang sedap!
 Makanan tengahari pilihan uzu :)
Wahhh ada swimming pol kat tingkat atas :)
 Bilik biasa..
 Bilik Hello Kitty..
  Cantik ya auloh..

Bilik Bertemakan Hello Kitty, apa yang menariknya kat sini juga terdapat bilik yang bertemakan hello kitty ! Perghh ini sangat unik ye.. Selain daripada Legoland, ini hotel kedua yang uzu tengok ada konsep bilik macam ni :) Harga dalam Rm800+ semalam :) Best hotel ni sebab dekat sangat dengan Hello Kitty  Indoor Theme Park, Puteri Harbour Terminal, Thomas Town dan Legoland :)  


Email : hjph@hoteljen.com
Contact Number : (60 7) 560 8888
Alamat :  Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, g
79000 Johor Darul Takzim, 79000, Malaysia

2. Puteri Harbour Family Indoor Theme Park Hello Kitty

Kali ke tiga tak silap uzu ke Indoor Themepark Hello Kitty.. Dulu uzu round sampai puas kot Hello Kitty ni, boleh p dari tingkat atas sampai ke bawah, boleh main semua games yang ada. Hihi tapi waktu ni, memandangkan ada sedikit kelewatan ketika bergerak dari KL, maka masa tak lama.. Huhu siapa ntah yang lambat tu...  :p Apa pun, tetap enjoy !


Budak-budak of coz suka datang sini lagi-lagi perempuan :p
 Muka hitam kat sini. Eh lantak lah:p
 Actually banyak tempat menarik di dalam ni. Semua kaler pink!
 Persembahan pembukaan lebih kurang macam teater musical.. Best :)

Kalau ke Johor, wajib singgah sini ehhh , dah dekat dengan Legoland.. orang ke Johor nii actually nak p Legoland je, tak tau ada Hello Kitty juga , jarak pun dekat. Berbaloi sangat p .. Spend time kat sini 2-3 jam dah okay.. Banyak aktiiti yang boleh kanak-kanak belajar dalam ni contohnya melukis, mewarna dan lain-lain.. Harga RM85


Contact : 1 300 88 FAMILY (326459) Malaysia
+603 2203 9668 Outside Malaysia

3. Legoland Malaysia

Siapa yang tak kenal Legoland, memang tipulah :p Hehehe memang famous kot tempat ni tak kira di dalam Malaysia mahupun luar Malaysia, seperti Singapore, Indonesia, Brunei, Thailand memang kenal dengan Legoland, Theme Park yang besar sekali Malaysia :)  Legoland yang ada keunikan sendiri yang mana semua bangunan dihiasi dengan Lego yang real tau ! bayangkanlahh.... Berapa biji Lego yang digunakan untuk menghiasi Legoland itu? Siapa tahu? :p
Tak pernah bosan datang sini ..
Cantik tak?
Huuuu taubat tak nak naik ni ehehe
Masuk lah Lego race ni kalau beraani hahah
Ingatkan najib rajak tadi :p Tanjat beboy...

Legoland ni memang menjadi permintaan tinggi sangat-sangat sampai anak buah yang kat Sabah dah request nak datang sini, tapi memikirkan harga dia ya aulohhhh  , dah la anak buah uzu nak 12 orang hahahah mampu tengok je lah setakat ni.. Tapi Legoland ni uzu dah masuk banyak kali dah. Memang seronok sebab boleh tengok mini-bangunan, ada theme park dalam ni, ada macam-macam jenis aktiti yang syok kat sini, seharian pun tak habis round Legoland :) Harga : RM89 - Rm189

Email : info@LEGOLAND.my
Contact :  +607 597 8888.

Alamat : LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd , 7 Jalan LEGOLAND , Bandar Medini Iskandar Malaysia , 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor Darul Takzim, Malaysia.

4. Check In Jen Puteri Harbour Hotel

Well kebiasaannya hari pertama memang penat sebab kita dah bergerak dari KL , bangun pulak awal sebab tak nak lambat, tapi ada orang lambat juga :p Hahaha dengan perjalanan jauh hari pertama, kami check in hotel sekitar maghrib, rehat kejap dan sambung dinner.. Untuk trip ini, uzu sebilik dengan Kak Min :)  Sambung esokk hari kedua pulak kat bawah ... Good Night!
Thank You Jen Hotel atas penginapan hari pertama ni :)
 Suka bilik ni, selesa, yang penting tingkap bilik boleh buka guna remote control :p

5. Bangunan Sultan Ismail Johor

Ehhh dah pagi :p Hahahaha gurau je.. Untuk hari kedua pulak, selepas breakfast di Hotel Jen , kami terus ke Bangunan Sultan Ismail Johor, yang mana tempat ni terletak di Kota Iskandar..Bangunan ni sangat unik kerana rekabentuk dan hiasannya lebih kepada simbol islamik Negeri Johor..Kat sini juga tempat Menteri-menteri bersidang..
Bangunan Sultan Ismail
 Cantiknya reka bentuk hiasan dalam siling bangunan ni..
 Pintu bilik meeting menteri-menteri bersidang..Pintu pon cantik wakk :p
 Alhamdulillah bangga diberi peluang masuk dalam ni..

Alamat : Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia

6. Zero Miles Johor

Kilometer kosong.. km 0 diletakkan batu tanda untuk mengingati dimana letakkan KM 0  yang mana Johor adalah KM 0 di dalam benua asia. Titik KM 0 bermula di Johor..Menarik kan? Haa wajib datang sini untuk ambik gambar okay :p Malaysia pon ada huhuhu .. Dont play play :p KM0 terletak betul-betul berhadapan dengan Pos Office Jalan Ibrahim Sultan. Jom ke sini !
KM 0 bermula di sini..
 Siapa nak ke Singapore, hanya 23KM je dari Johor :) Dekat je..

7. Amari Hotel Site visit 

Hari kedua kami menginap kat sini. Best tau hotel Amari, hotel baru lagi tau ! Semua dekoration cantik-cantik. Kemudahan pun serba serbi lengkap. Siapa yang nak honeymoon kat Amari Hotel memang digalakkan sebab ada bilik khas untuk honeymoon :p Jom lah tengok apa yang best kat Amari Hotel ni :)
Jom datang ke Amari Hotel JB ..
 Lampu pon cantik :p
 Bilik spa dia ya aolah cantik kan?
 Lampu saja dah berapa ratus ribu agaknya hehe 
 Swimming pool wajib ada.. Suka lah om putih duduk sini berjemur..
 Salah satu bilik di Amari Hotel..
 Ruang tamu bilik tadi.. Besar :)
 Kalau nak honeymoon boleh request okay?
terbaik lah decoration dia ni haa
 Nak mandi bunga pon boleh :)
 Cantik tak deko dalam bilik Amari ni? Confirm customer happy ! :)
Tak perlu ke Bali, sini pun ada :)

Banyak lagi sebenarnya tempat dan bilik yang cantik di Amari Hotel, tapi kang penuh pulak entry ni hehehe. Apa pun uzu berkenan kat hotel ni.. kalau nak repeat datang sini memang berbaloi sangat-sangat. Yang penting Amari Hotel dekat dengan Angry Birds Park, Bandar JB, Legoland dan lain-lain...

Alamat : Jalan Trus Johor Bahru

8. Makan Tengahari Di Hotel Amari

Lunch kat Hotel Amari memang best ! Sedap gila-gila. Pilihan makanan pun banyak sampaikan tak tau nak makan apa.. Hahaha tapi serious lah uzu bagi 10/10 bintang untuk buffet lunch/dinner/ramadhan di Amari Hotel :) Menu dia pon unik sikit hehehe.. Jom layan gambar-gambar makanan yang dihidangkan di Hotel Amari untuk lunch kami..













Alhamdulillah kenyang ! Uzu makan semuanya ! Ambik sikit-sikit asal merasa. hehe tiba-tiba rindu dengan makanan kat Amari ni.. Beratus jenis menu yang dihidangkan buffet di Amari Hotel .. Memang berbaloi yang datang jauh-jauh.. tak mengecewakan.. Hihi.. Terima kasih Amari Hotel atas makan tengahari ini :)

9. Amari Apartment visit 

Yang rasa mampu dan orang ada ada atau nak honeymoon, boleh ke sebelah Amari Hote, iaitu Amari Condominium ke Amari Apartment, uzu tak sure yang penting bersebelahan dengan Hotel Amari.. Apartment ni best gila besar, view pon cantik. Selesa kalau nak menginap dengan keluarga yang besaer. Hihi dalam satu apartment ada banyak bilik... Lengkap semua dalam ni, siap ada dapur dll..
Bang nak honeymoon sini !!
Suites pon perfect macam rumah sendiri hehee
Ya auloh dining table pon  tersusun helok..
Ruang tamu pon besar dan nampak exclusive...
Yang bujang boleh tido sini okay haha
Yang tak bujaang kat sini best tido huhu 

10. Angry Bird Park

Kan? Banyak tempat best kan kat JB ? Legoland ada, Hello Kitty ada, sekarang Angry Bird pulak? Hehehe rugi lah yang datang jauh jauh ke Jb tak singgah Angry Bird Park ni..  Yang ni park indoor didalam mall.. So sejuk lah kekdahnya park ni.. Hihi tak perlu risau hujan panas , anak-anak anda mesti enjoy datang sini.. Orang tua macam uzu pon enjoyyy k .. Hihi sebab dewasa dan kanak-kanak digalakkan masuk dalam ni.. Sesuai untuk semua peringkat umur..
Selamat datang ke Angry Birds Park ..
Persembahan dari Angry Birds Park and team ! Syok tengok diorang nari.. hihi
 Dalam ni macam-macam games ada...Macam biasa park ni bertemakan angry birgs :) Comel!
 Sebelum masuk wajib pakai stokin angry birds kaler merah hehehe.. Kena buka kasut..

Harga : RM60+

Email : info@angrybirdsactivitypark.my
Contact : 07-300 5090 / 5091

Alamat : Angry Birds Activity Park Johor Bahru, Level 3, KOMTAR JBCC,
Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor.

11. Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos , Larkin

Petang tu, kami singgah di stadium bola sepak JDT hihi ! Tapi uzu tak turun sebab sakit kepala. Ambik gambar dari atas bas je. Huhu btw uzu sebelum ni dah pernah masuk dalam stadium ni dulu. Best ! Duduk lagi kat media seat waktu perlawanan bolav JDT lawan apa ntah , sempat lah ambik gambar salah satu pemain JDT waktu tu, perghhhh .. Wajib singgah sini ok kalau korang ke Larkin..Boleh masuk dalam 30000 orang dalam satu masa... Pergh.. 
Agak-agaa kalau masuk jumpa saffie salli tak?

Email : support@johorsoutherntigers.com.my
Alamat : Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos

12. Kompleks Kraf Johor

Tempat persinggahan pelancong, kalau nak beli ole ole boleh datang sini sebab Kompleks Kraf Johor ni adalah tempat pengumpulan hasil kraf kraf tidak kira dari luar negara mahupun di dalam Malaysia tak lupa juga di Sabah dan Sarawak .. Kat sini juga tempat penjualan kraf, lepas tu kat sini juga boleh belajar macam mana buat kraf, contohnya aktiiti mencanting batik dll..Ada juga persembahan muzik berkumpulan yang dipersembahkan..
 Badan gambus..
 Uzu suka dengan gambus.. tapi tak pandai main :p

Tel:07-2350433 Faks:07-2350432
Alamat : Kompleks Kraf Johor , Lot.PTB 2002, 
Jalan Chenderasari Off Jalan Datin Halimah
80350 Larkin Johor 

13. Johor Art Gallery Weaving

Galeri seni Johor.. Galeri yang dalam dia tempat menyimpan kain tenun-tenun zaman dulu dulu dari pelbagai jenis tenunan, contohnya tenunan johor, tenunan bugis dan sebagainya. Dalam galeri ni juga ada alat membuat tenun songket secara manual.. Sangat unik ! Kain tenunan nilainya agak mahal mengikut jenis tenunan.. 
Jangan lupa singgah ke rumah tenun ya..
 Ohh macam ni kain bugis..
 Persembahan menari dari Galeri Seni Johor..


Actually kan... Untuk part satu ni uzu nak cerita sampai ni je.. Hihi tak boleh nak upload gambar dah kat entry ni. Mungkin dah limited. Takpa takpa.. Uzu akan sambung ke #Part2 , v dengan kerjasama Tourism Johor ! Nantikan sambungkannya ya ! Salam :) 

1 comments