Emas Putih Menang Award Kategori Most Engaging Blog - MSMW2016 !

Emas Putih Menang Award Kategori Most Engaging Blog - MSMW2016 ! | Salam. Kisahnya bermula bila uzu dapat email dari MSMW  yang bertajuk "Winner Notification & Invitation for Awards Presentation Night" .. Memula uzu tengok.. Uzu baca.. Oh ni mesti invitation tuk yang tercalon dalam setiap kategori.. Uzu kata mcam tu dalam hati..

Lepas tu uzu sambung menghafal point-point penting untuk presentation Viva uzu. Waktu tu uzu tak fokus sangat baca email sebab tengah neves nak tunggu giliran nak present projek kat faculti..Tapi terdetik sekali lagi baca email. Macam rasa menggangu fikiran..

Baca punya baca, Eh apasal email dia dia say Congratulations eh? Memang email ni mempermainkan perasaan macam gini ke?.. Ni mesti congratulations tuk yang tercalon dalam kategori most engaging blog.. Tak kan lah uzu menang? Tak mungkinlah..

Lepas tu, tak puas hati lagi. Baca email sampai habis. Bab invite p award night. Bab tu tak heran kah kalau kena invite pun sebab mungkin semua calon kena invite tapi bab dia nak minta high resolution photograph . Ishh macam lain macam je ni. Lepas tu, uzu baca betul-betul banyak kali email ni.. Macam pelik je. Awat dia say congratulation ni? Dapat top 3 kot... 

Tak puas hati punya pasal. Uzu tanya FF(yang pernah menang), tanya group KBBA, Haa bila tanya punya tanya, uzu suruh diorang baca balik apa yg email tu kata. Takut salah baca ke. Takut terperasan lebih ke ape ke kan.. walaupun ada yang kata, haa memang menang pun, dan diorang dah start ucap tahniah dalam group tu, tapi .. uzu masih tak percaya sebab takut dapat top 3 je kot. Gituu.. Sehinggalah...

Sehinggalah.. pihak MSMW sendiri call uzu beberapa minit sejurus uzu terima email tersebut. Wahh rupanya memang menang.. Alhamdulillah. Rasa macam happy gilerrrr sebab uzu ada pesaing kuat dalam kategori tu so uzu pun serius tak mengharap sangat dan.. tu lah nak cakap macam mana eh, memang rasa happy, terharu, nak horayyy horayy bagai je ni.. .Arghhhhhhhhhhh...

So disini uzu nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih semua kerana mengundi uzu. Susah tauu nak suh undii selama 3 minggu. Hari-hari duk update status suh undi. Dah alang-alang kena nominate, kita berusaha je lah sampai menuju puncak. Hehehe. Thanks to Moka-Khairul Anuar sebab nominate uzu. Hehe.

So, nantikan next update uzu pasal menang award ni sebab uzu akan terima award pada Rabu depan, 9hb Mac 2016 . Naik atas pentass you all. Hakak tak kuad. Hehe. k bye Salam :)

13 comments