Kali Ke-2 Menaiki Flight Rayani Air - Adakah Servis Sudah Ditambah Baik?

Kali Ke-2 Menaiki Flight Rayani Air - Adakah Servis Sudah Ditambah Baik? | Salam. Ini kali kedua uzu menaiki penerbangan Rayani Air. Yang 1st, uzu ade review sebelum ni, boleh baca kat  sini . 
Based on what I review before, pengalaman 1st sekali naik Rayani Air, memang buat uzu mengamuk dan uzu kate nak tengok sama ada Rayani Air sudah perbaiki kelemahan atau tidak? Bab check in manual, alhamdulillah dah diperbaiki. Takde lambat macam 1st day kat KL. Ok lega.

Next bab boarding. Yang uzu risau ni sebab tak boleh main-main tau waktu perlepasan ni. Sebab semua orang ada plan masing-masing dan kalau lambat fly akan mengganggu plan di destinasi yang dituju. Tapi alhamdulillah awal boarding. Awal masuk flight. Fly lambat 5 minit tu perkara biasa.

Haaa yang ni macam biasa. Setakat ni okay. Takde masalah. Flight colourfull..
Hmm bab ni uzu puji sikit. Entah lah selama uzu naik flight kan, ni 1st time uzu kat bisnes class. Seat uzu berdekatan dengan pintu kecemasan. Yang uzu kagum tu, pramugari dia secara personally datang explain kat orang yang berdekatan pintu kecemasan ni. Dia brief in case kalau ada kecemasan kena buat ape kan. bagus2.. Kagum..
Haaa comel tak? Yang ni tuk tempat orang nak muntah. Tak sangka secomel ini design dia.. Hahaha tersenyum dibuatnya..
Ni makanan percuma dalam kapal. Alhamdulillah hilang rasa lapar . Kalau nak main sodoku, boleh tengok kat belakang kotak makanan ni. Hilang rasa bosan terus. Hehe..
Yang ni baru uzu tengok. Hari tu takde..
Kalau tak nak makan makanan free tadi, boleh order kat sini. Yang ni uzu nak puji sebab harga dalam flight takdelah mahal macam flight lain. Murah sikit..
Bila dah sampai tu, kena p ambik lugage..Memandangkan free lugage 20kg, so tak sia-siakan peluang letak beg kat cargo. Sebab selalunya uzu bawah beg kat atas kapal. Nak jimat punya pasal. kekadang tu berebut2 tempat letak beg . Lepas ni takde kes berebut lagi. Hehe.
Tabik Rayani Air. Ada staff jaga beg kat tempat ambik lugage ni. Selama ni tak pernah nampak orang jaga beg kat sini..
Alhamdulillah tak sia-sia buat complaint pasal Rayani Air . Complaint bukan memburukkan tapi membantu diorang buat servis jadi lebih baik. Btw, terima kasih pihak Rayani Air sebab balas PM uzu kat fb. Hehehe. Terima kasih sebab terima dengan hati terbuka :)

Baca entry sebelum ini : 

14 comments