Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan !

Review : Restoran Fizo Mawar Kitchen Mengecewakan ! | Salam. Kisahnya uzu ajak yaya natsumi keluar cari sesuap makanan. Tak makan langsung hari ni. Tunggu yaya sampai dalam jam 6 petang. Lagilah makin lapar. So, tempat yang selalu kami lepak kat area bangi . Then,yaya tanya nak makan mana? Lepas tu kebetulan ternampak restoran fizomawar, terus lah nak p situ. Kengkonon nak merasa makan kat situ. Nama pun blogger dan suka review, so kami decide nak p ambik pengalaman.

Sampai kat dalam restoran, kami cari meja. Duduk kat mana yang kosong. Tiba2 masa nak duduk tu rasa tak sedap je. Rupanya meja bergoyang teruk. Ok takpe tukar meja. 3x juga kiterang tukar meja tadi. Last2 redha je lah meja ape yang dapat.


Ok tiba masa nak order, lambatnya pekerja situ nak kemaskan meja yang kotor ni. Lepas tu menu pun tak sampai-sampai ni. Panas punggung kiterang tunggu. Dalam hati maafkanlah sebab restoran baru nak buka. Tak cukup pekerja kot.

Masa nak order tu, berkerut juga nak order apa. Apa benda lah dalam menu dia ni. Kalau korang, korang faham tak menu kat bawah ni? Ni menu air ni... Ni lah yang uzu mention kat instagram uzu, nak kelainanan tapi menyusahkan pelanggan.
Tak tau kenapa menyusahkan pelanggan? Kiterang dah penat tunggu menu sampai, lepas tu nak tanya menu dan makna menu ni kena panggil pekerja kat situ, nak tunggu dia explain satu persatu.. Ni menda apa bang? Yang ni yang mana 1 bang? Cha tu ape bang? Chak tu ape?  Kiau tu ape? Haaa yang pekerja dia pun kesian sangat sebab kiterang tanya2 dia macam tu.

Sepatutnya kalau nak kelainan kan, letak dalam kurungan. So kite takdelah menyusahkan abang2 pekerja tu translate tuk kiterang. Contoh  CHA KIAU YEN ( GREN TEA ICE) Haa kan elok menu kena buat macam ni.

Bab menu makan pun pelik-pelik. Sepatutnya kena ada gambar makanan , nama dan harga. Setiap menu! Ye setiap menu. Barulah pelanggan tak blur nak order ape.. Kalau kat gambar ni, bahagian nasi. Ada 2 menu. Kite pun tak tau gambar at bahagian nasi tu, Nasi rebus ke atau khau mok kai tu. Adehh nak kena tanya pekerja dia lagi..
Tak banyak menu yang disediakan so uzu pun order Nasi Kukus tu je. Yang lain menu dah habis.
Air pulak. Presentation menarik. Suka sangat sebab sekarang ni trend air macam ni tapi rasa air tu yang mengecewakan. Green Tea Ice tak kena selera. Teh ICe dia manis sangat. manis gilerr gilerrr.. Ha.
Bila makanan sampai. Hmmm ayam dia tu sedap tapi nasi dia keras sikit. Sambal dia pulak terlalu banyak minyak. Uzu pun tak tahu lah terus pening minyak banyak sangat.
Waktu tengah makan tu, orang kat meja sebelah tiba2 terus belah.. Tak tau lah sebab ape. makanan dia tak sampai lagi. Kes order tak sampai. Diorang order dulu tapi kiterang punya order dulu sampai.
Haaaa ni  lah review uzu tentang restoran ni.  Diharap pihak FizoMawar memperbaiki lagi servis di ini dimasa akan datang. Uzu bukan nak memburukkan , uzu nak buat complaint supaya restoran dibaikpulih agar ianya setanding dengan nama. Tak nak lah nama FizoMawar buruk kan sebab hal ni.

Korang yang membaca jangan lah boikot membabi buta, korang kena pergi sendiri dan rasakan sendiri pengalaman korang. Sebab uzu review melalui pengalaman uzu, mungkin citarasa kita berbeza-beza. 

So sesiapa yang nak pegi boleh ke :

Fizomawar Kitchen
No 9, Jalan 8/1 ,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

UPDATE 1JAN2016 :
Pihak Restoran  Fizo Mawar Kitchen telah pun memberi respon terhadap entry review ini dah telahpun memohon maaf atas segala kekurangan yang tak dapat dielakkan dan akan berjanji untuk membuat pembaikan terhadap Fizo Mawar Kitchen. InsyaAllah semoga perniagaan ini terus maju dimasa akan datang. Amin.^^v 


Sekian dan Terima Kasih.

59 comments