Tips, Keperluan Dan Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu

Tips, Keperluan Dan Kelengkapan Mendaki Gunung Kinabalu | As-Salam. Alhamdulillah. Uzu happy sangat-sangat. Sebab apa? Sebab..nama uzu tersenarai dalam pendakian pada bulan April 2015. Pada yang belum tau, nak daki gunung kinabalu bukanlah benda yang senang.. Kena booking 6 bulan sebelum. Untuk kuota semenanjung memang ada beberapa kekosongan tapi untuk sabahan, dah penuh sampai hujung tahun 2015. Pergh? Bayangkan...

So, alhamdulillah uzu berpeluang sekali lagi tawan gunung kinabalu.. Mungkin ada yang dah tau kot uzu pernah daki gunung kinabalu pada October 2013 dan sangat mengecewakanlah waktu tu. Hujan lebat dan angin kuat membuatkan kami hanya sampai ke Laban Rata. Laban Rata ni, dimana tempatnya hostel dan point terakhir untuk ke puncak. Ada 2KM lagi sebelum ke puncak, so 80 % pendakian..So, pihak kat atas tak benarkan sesiapa pun naik.

Dengan pengalaman uzu mendaki dulu, uzu nak share kat korang info-info untuk bakal pendaki yang bakal mendaki gunung kinabalu, apa patut kita buat, benda apa yang nak kena bawa, apa yang patut korang tau, supaya korang selamat sampai ke puncak dan selamat balik.

Keperluan
1 Baju Sejuk
1 Baju Hujan *Jika hujan
1 Sarung Tangan Kalis Air
1 Sarung Tangan Tebal
1 Sweater * Digunakan di penginapan Laban Rata / Tidur
3 TShirt Biasa (Panjang / Pendek)
2 Seluar Panjang
1 Kain Sarung*Pilihan untuk dibawa bersolat (muslim)
1 Kasut Mendaki
1 Selipar *digunakan di Penginapan Laban Rata
2 Stokin*
1 Skarf / Mafla / Topeng Muka *melindungi leher/kepala/muka ketika sejuk
1 Tuala Kecil *digunakan sekiranya anda berpeluh
1 Tuala Besar *digunakan jika anda hendak mandi di Laban Rata. Tapi actually tempat tu sejuk sangat so jarang orang mandi. Salin baju je.

Kelengkapan Mendaki
1 Tongkat
1 Lampu Kepala (Head Lamp)
1 Beg Sandang
1 Penutup Beg Kalis air *jika hujan
1 Beg Pinggang (Porch Bag) *letak Telefon, Kamera, Ubat, Makanan Ringan, dll
1 Botol Air 500 ml *Bekalan air sangat penting. Tapi kalau dah habis boleh minum air gunung.
* Ubat-Ubatan *Panadol / Ubat Mabuk/Minyak Gosok/Yoko-Yoko
* Lip Balm *Untuk elak bibir pecah dan sejuk
* Ubat Gigi / Berus Gigi
* Sabun
* Tisu & Tisu Basah*untuk basuh kencing tau dot3 *ehh gitu lak
* Kamera *rakamkan detik ‘perjuangan’ dan pemandangan
* Tongkat Selfie  *untuk blogger mcm uzu kena kot :p
* Powerbank *untuk telefon / kamera / dll . Tapi kat situ ada tempat cas
* Beg Plastik *untuk pakaian basah / melindungi barang

Makanan Tambahan Untuk Tenaga
Bawa makanan yang boleh memberikan anda tenaga di sepanjang pendakian. Selalunya uzu bawa kacang dan coklat je. Memang kat situ kena kunyah coklat dan kacang sepanjang jalan. Tenaga..
* Coklat
* Kacang
* Kurma / Kismis
* Glukos
* Biskut
* Buah-Buahan

Persediaan Kecergasan
1. Latihan kecergasan.
2. Latihan Ketahanan Fizikal
Zumba , Poco-poco, berbasikal, turun tangga.

3. Latihan Ketinggian
Makin tinggi gunung yang kita daki, maki susah untuk bernafas. Sebab makin tinggi kita, makin kurang oksigen.. Atau mungkin telinga jadi pekak sekejap. Hehehe. Cara mudah, belajar daki bukit yang berhampiran atau belajar mengawal penafasan waktu korang menari zumba tu.

4. Panjat Gunung/Bukit dan Terus Mendaki
Banyakkan latihan ke bukit atau gunung yang rendah-rendah. Bukit broga tu pun ok. Latihan kecil kena buat kat Broga Hills. Tak pun kat tempat lain...

Stamina kena kuat tau sebelum mendaki. Dulu, uzu mendaki takde pegi joging langsung. Tak buat apa pun. Daki je macam biasa. Tapi bila dah habis mendaki, dah turun dari situ, smapai rumah keesokkan harinya, uzu tak leh jalan selama 4 hari. Dia punya sakit lain macam. Serius ! Tak tipu. So pentingnya stamina. Memang nak daki tanpa stamina, boleh je sampai ke puncak, tapi kesannya lepas tu. So, apa pun, kena ada stamina sebelum mendaki. ok ?

11 comments