Cabaran 30 Hari : Surat Kepada Seseorang #day15

As-Salam

Surat kepada sesorang ? Ok lah surat ini untuk kepada suamiku kelak. Siapa eh suami itu? Belum tahu lagi. Siapa pun awak, macam mana diri awak,dimana pun awak berada,  jika Allah takdir awak untuk saya, maka saya terima awak seadanya. Wahai jodohku.. Baca surat ini..

  • Wahai jodoh ku, awat lambat sangat awak muncul dalam hidup ku. Penat dah ni berduka lara bercinta kerana awak tak muncul-muncul.
  • Wahai jodohku, agak-agak hensem tak? Awak tak hensem pun takpe. Yang penting agama awak hensem untuk membimbing saya dan anak-anak kita.
  • Wahai jodohku, bagaimanapun hidup awak, miskin atau kaya, saya tak kisah. Janji awak tak minta duit saya. *kehkeh* .
  • Wahai jodohku, ketahuilah saya tak kisah tahap pelajaran awak tinggi atau rendah, janji awak boleh beri nafkah kenapa saya dan anak-anak
  • Wahai jodohku, hmm didiklah dirimu menjadi orang yang penyayang, bertanggungjawab, ambik berat, penyabar, rajin, tak mudah mengalah, setia dan semualah kerana aku perlu semua itu.

Yang ikhlas,
Jodohmu.


12 comments