Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya (4 Gambar)


Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Jalan Raya (4 Gambar) | Baru tadi dapat berita melalui facebook mengatakan bahawa Ustaz Azhar Idrus kemalangan jalan raya di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. 

Difahamkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang memandu kereta jenis Volkswagen bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara betul-betul di lampu trafik.

Alhamdulillah difahamkan juga Ustaz Azhar Idrus selamat namun nasib pemandu dan penumpang Proton Iswara masih belum dipastikan lagi.

Sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat. Punca UAI kemalangan masih belum dapat dipastikan lagi. Kita yang tiada di tempat kejadian janganlah dok judge yang bukan-bukan.


 

4 comments