Suara Misteri Menyeru Cabut Batu Nisan


ALOR GAJAH – Angkara kepercayaan karut, dua adik-beradik dicekup polis selepas mencabut berpuluh batu nisan di sebuah Tanah Perkuburan Islam di Solok Zakaria di sini Isnin lalu.

Perbuatan kedua-dua beradik yang berusia 44 dan 58 tahun itu disedari pada pukul 9.30 pagi Isnin lalu oleh seorang penduduk kampung yang terdengar bunyi hentakan di belakang rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan tersebut.

Menurut saksi, Azri Ayob, 53, selepas mendengar hentakan tersebut dia terus keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila melihat dua orang iaitu lelaki dan perempuan sedang mengetuk batu nisan di tanah perkuburan menggunakan tukul besi.

“Saya kemudian bertanya mengapa berbuat demikian dan mereka beritahu mendapat ‘seruan daripada tuhan’ yang menyuruh mencabut batu-batu nisan itu kerana mendakwa tiada orang di dalam kubur tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

8 comments