Jurugambar Ustaz Don Daniyal Meninggal Dunia


SHAH ALAM - Seorang bakal pengantin wanita berusia 26 tahun terbunuh dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Montfort, Seksyen 13 di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Nadia Syazwani Zahari sedang memandu dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya dengan Perodua Kancil ketika keretanya itu dirempuh sebuah kereta Audi A4.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lain melarikan diri tanpa kecederaan.

Tunangnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan yang memaklumkan kepadanya tentang kemalangan tersebut.

"Nadia bekerja sebagai seorang jurugambar sambilan dan sedang di dalam perjalanan untuk mengambil gambar di Bukit Jelutong.

"Pelanggannya memberitahu saya mengenai kemalangan itu selepas dia gagal muncul untuk mengambil gambar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasangan ini berkenalan sejak dua tahun lalu ketika menuntut di Universiti Selangor (Unisel) dan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

"Kami sepatutnya akan berkahwin pada Oktober ini," katanya.

Kakak ipar mangsa Hanis Shafinaz, 34, berkata, Nadia adalah satu-satunya anak perempuan dalam empat adik-beradik dan juga merupakan anak bongsu. Beliau juga pernah menjadi Official Photographer untuk majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna.

"Nadia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang grafik dan akan menghadiri majlis graduasi," katanya di tempat kejadian.

fanpage Nadia Zahari

9 comments