Tarikh & Tempat Lihat Anak Bulan Sempena Ramadhan 2013

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. 


"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu. 

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut: 
- Pontian Kecil, Johor; 
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; 
- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; 
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; 
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; 
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

 Lokasi lain ialah: 
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; 
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; 
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; 
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; 
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; 
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; 
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; 
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; 
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan; 
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; 
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan; 
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak; 
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; 
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; 
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; 
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang; 
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang; 
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; 
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; 
- Menara Kuala Lumpur; - Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan 
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

5 comments