Candy Crush Kaut Keuntungan Sebanyak USD633 Ribu Setiap Hari

Candy Crush Kaut Keuntungan Sebanyak USD633 Ribu Setiap Hari - Bagi mereka yang menggemari permainan di dalam telefon pintar mahupun tablet, nama Candy Crush Saga sudah semestinya sangat sinonim dan sering menjadi permainan kegemaran ketika ini. Namun, tahukah anda bahawa syarikat yang menghasilkan Candy Crush Saga ini menerima hampir USD633,000 keuntungan setiap hari?

Walaupun permainan ciptaan King.com Limited boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan iOS, namun ia turut menawarkan pembelian dari dalam aplikasi itu sendiri. Pemain diberi peluang untuk membeli beberapa bantuan dan alatan di dalam permainan berkenaan untuk mara ke peringkat seterusnya. Secara puratanya, seorang pemain Candy Crush Saga akan membelanjakan sebanyak USD2.84 sehari. Buat masa ini sudah terdapat lebih daripada 6.7 juta pemain aktif untuk permainan ini.


Candy Crush Saga sememangnya telah menjadi ketagihan di kalangan pengguna telefon pintar dan tablet masa kini sehingga ada yang sanggup berhabisan wang untuk ke peringkat seterusnya. Meskipun tiada kewajipan untuk membeli alatan atau bantuan berkenaan untuk mara ke hadapan, namun sifat manusia yang mudah hilang sabar sering menjadi faktor penambahan keuntungan kepada King.com Limited. Berbaloikah anda membelanjakan wang anda di dalam permainan sebegini?

13 comments