Pengasas Aura Seri rugi RM500,000 Dicuri Pembantu Rumah Sendiri


Pengasas produk kecantikan Aura Seri kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama, barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai dari kediamannya di Medan Idaman, Gombak, Ahad lalu.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri.

"Anak-Anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka hari ini.


Ira berkata pemeriksaan lanjut mendapati mereka kehilangan 11 jam tangan berjenama termasuk Rolex dan Tag Heuer, 20 bentuk cincin, seutas rantai, dua pasang subang permata, empat telefon pintar, 30 helai kemeja-t berjenama, dua tas tangan Bvlgari dan Louis Vuitton, wang tunai RM5,000 serta pasport dan permit kerja kedua-dua pembantu rumah itu

6 comments