Hospital nafi kecederaan akibat kecuaian




Kota Bharu: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) menafikan penyebaran gambar seorang bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami kecederaan di kaki kanannya di Facebook berpunca daripada kecuaian jururawat.

Sebaliknya kejadian itu berlaku selepas bayi berkenaan yang dimasukkan ke dalam kubikal untuk rawatan penyakit demam kuning itu cedera apabila tiub wayar darah di kakinya tercabut kerana mengerakkan kakinya.

Ketua Pengarah HRPZ II, Datuk Ghazali Hasni Mat Hassan berkata akibatnya kaki bayi berkenaan mengeluarkan sejumlah darah yang banyak.

Mengenai gambar yang disebarkan, Ghazali berkata gambar berkenaan diambil seorang penjawat awam yang melawat hospital itu dgn telefon bimbit.

Katanya gambar berkenaan dihantar kepada suaminya sebelum disebarkan.

Susulan daripada kejadian itu pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kejadian itu sebelum mengambil tindakan lanjut.

13 comments