Budak 4 Bulan Yang Didera Pembantu Rumah Masuk Ke Hospital Semula



KUANTAN 18 Feb. - Mohamed Hareez Mohd. Zamri, bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera seorang pembantu rumah Jumaat lalu, dimasukkan semula ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini untuk rawatan lanjut.

Menurut ibunya, Nina Suraya Sulaiman, 24, Mohamed Hareez dibawa ke hospital kira-kira pukul 8.30 malam tadi selepas didapati tidak bergerak seperti kebiasaan walaupun ketika tidur.

“Semalam selepas semua tetamu pulang, saya ingatkan dia tidur. Saya cuba mengejutkan Hareez tapi tiada sebarang reaksi. Kami kemudian segera membawanya ke hospital," katanya ketika ditemui pemberita di HTAA hari ini.



7 comments