Lisa Surihani dan Ibunya Mengalami Kerugian RM50 000 .


As-Salam

Ingat tak my entry pasal SKIMMING CARD dan KEYPAD palsu kat ATM?
Meh baca  SINI if belum baca ..




Pelakon popular, Lisa Surihani, dan ibunya mengalami kerugian besar apabila wang sebanyak RM50,000 dalam akaun bersama mereka dicuri selepas kad ATM mereka ditukar.

Ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, 62, menyedari wang tersebut lesap ketika dia ingin mengeluarkan wang pada Jumaat lalu.

Menurut sumber pihak berkuasa, ketika ibu kepada pelakon "Istanbul Aku Datang" membuat semakan baki simpanan, dia mendapati wang dalam akaun berkurangan dan mengesyaki berlakunya penipuan kerana dia tidak ada membuat pengeluaran wang sebanyak itu. 

Selepas merujuk kepada pihak bank, Siti Amira diberitahu bahawa kad ATM miliknya telah ditukar dengan kad yang baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.

Lisa dan ibunya kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari yang sama.

Semakan yang dibuat kemudiannya mendapati bahawa rekod pengeluaran wang dalam akaun tersebut dikeluarkan di Kuantan, Pahang, Selasa lalu.

Lisa yang dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.


p/s : Hari-hari dengan kad ATM anda. Jangan bagi kepercayaan dengan orang mudah ja.
Pasal duit ni, kawan pun boleh jadi lawan tau.

Salam.


9 comments