Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat


As-Salam



Info yang bari diterima pada jam 12:15pm pada 16 Januari 2013

SEKSYEN A : Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 11:35am pada 15 Januari 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Terengganu (Daerah Kemaman), Pahang (Daerah Pekan, Rompin dan Kuantan) dan Johor (Daerah Mersing, Kluang dan Kota Tinggi) mulai Jumaat 18 Januari 2013 sehingga Ahad, 20 Januari 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.


SEKSYEN B : Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Dikemaskini pada : 12:15pm pada 16 Januari 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Kudat ( Daerah Pitas) dan Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 16 Januari 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Tawau (Daerah Lahad Datu) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan banjir kilat.


p/s : Diminta semua berhati-hati dan bersiap sedia. Sediakan payung sebelum hujan.



2 comments