Datuk Sosilawati DIkatakan Masih Hidup??


As-Salam



Terkejut dengan berita hari ini yang mengatakan Datuk Sosilawati masih hidup. Benarkah? Percayakah anda??

Matlumat yang diterima Mahkamah Tinggi semalam yang menyatakan tertuduh melihat seorang wanita yang hampir sama dengan Datuk Sosilawati tetapi wanita itu kini berambut pendek dan lain daripada Datuk Sosilawati yang berada di ladang pada kali terakhir.

Wanita yang mirip Datuk Sosilawati menaiki sebuah kenderaan seperti jip bersama seorang lelaki.

Tertuduh diberi gambar untuk mengenalpasti wanita itu dan ternyata pekerja ladang mengaku bahawa wanita itu adalah Datuk Sosilawati.

Benar atau tidak? kita tunggu hasil daripada siasatan..

Kita hanya mampu berdoa supaya wanita itu adalah Datuk Sosilawati. Jika dia masih hidup, doakan dia selamat dan kembali kepada keluarganya dan jika wanita itu bukan Datuk Sosilawati, maka kita perlu sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan:)

Salam.


17 comments