Buffet Ramadhan Di Cinnamon Coffee House, One World Hotel Petaling Jaya

Buffet Ramadhan Di Cinnamon Coffee House, One World Hotel Petaling Jaya | Salam.. Beberapa minggu lepas, uzu diberi kesempatan untuk review buffet ramadhan yang palingggggg uzu suka sekali!! Sebabnya...kat sini banyak menu-menu seafood. Semua jenis seafood ada :( Omaigaddddd ! Uzu kat KL ni jarang-jarang dapat makan seafood, sebab mahal.. Bila berpeluang makan buffet ramadhan yang banyak seafood, memang inloveee sangat !! Haaaaaa macam biasa lah, uzu kalau bab makan ni, wajib bawak suami. Hehehehe..

Sempena bulan puasa yang bakal tiba minggu depan, Chef di Cinnamon Coffee House telah pun menghidangkan lebih daripada 100 menu hidangan buffet, antaranya hidangan melayu, india, cina, western , juga ada kulinari..Tema buffet kali ini ialah "Imbasan Nostalgia".. Menu pembuka selera bermula dari menu hidangan klasik yang hidangkan seperti gearbox, bubur lambuk, rempah dagingcongee, Daging Deng Deng yang merupakan hidangan daging lembu yang manis, masam dan pedas, Daging Sumor, Kalimantan – sejenis rebusan Indonesia dengan daging lembu yang dibungkus dengan perasa yang sihat dan rempah ratus, masakan Indonesia yang pedas dan pedas Sambal Udang Petai, pelbagai jenis Lemang - iaitu makanan tradisional yang diperbuat daripada pulut, santan dan garam, dimasak tiub buluh berlubang disalut dengan daun pisang dan banyak lagi, ia adalah terjamin pengalaman tentang budaya Malaysia kita.

Jommm kita layan gambar-gambar menu buffet ramadhan di Cinnamon Coffee House, One World Hotel :) Mesti korang pun ter in lafffff :)








































Terdapat banyak menu makanan laut segar kan? Haaa antaranya ada Udang Sejuk, Kerang, Ketam dan Tiram Segar dan macam-cam lagi. Sushi pun ada beb.. Hihihi sape suka makan raw food macam makan kat Japan, boleh try makan kat sini :p

Tak juga lupa ada New Zealand Lamb dihidangkan bersama Sos Pudina. Jangan lupa singgah untuk mencuba ke Stesen Sashimi dan Tempura Jepun segar, masakan Barat Seafood Ragout, Beef Stroganoff dan stesen Timur Tengah yang menyajikan Chicken Shawarma, Lamb Moussakaantara.

Juga ada pencuci mulut dan snek tempatan taburan tradisional Melayu seperti Durian Apam Gulung, Puding, Cendol, Pulut Serawa dan Pengat Nangka Bersago..

So siapa yang plan nak berbuka puasa dengan suami, dengan family, dengan dik beradik, dengan ipar-ipar, atau dengan kawan-kawan, boleh lah book dengan harga Early Bird Special Price dengan booking min 5 pax, so baru boleh book kat Buffet Ramadhan @ Coffee House.. Cara  nak book boleh tengok info kat bawah okay? Salam..

UNTUK MATLUMAT LANJUT

Website : https://oneworldhotel.my 

WhatsApp +6016 3391060 for more information.

Imbasan Nostalgia @ Cinnamon Coffee House

Priced at RM178.00nett per adult and RM89.00nett per child aged 6 – 12 years.

experiences, you can WhatsApp us at +6016 210 9521 or email us at

cinnamon@oneworldhotel.com.my for more information. 

Subsequently, you may contact the numbers below for further assistance.

+603 - 7681 1111 (General Line)

+603 – 7681 1157 Cinnamon Coffee House

+603 – 7712 2256 (Festive Season Desk)

0 comments