Resepi Apple California Natural & Sweet Raisin Coleslaw


Resepi Apple California Raisin Coleslaw | Salam... Bila dah kahwin ni, benda pertama yang uzu kena jaga ialah, tekak suami , perut suami.. Hahaha yeke? Tiberrr kan :p So suami uzu ni sejenis yang suka makan buah.. Dinner jarang-jarang dia nak makan nasi.. Dia selalu makan buah jer.. Buah kat dalam peti ais ni banyak sangat, tak pernah putus lagi stok buah suami uzu ni. Kadang-kadang tu dah buruk baru lahh baru lah terhegeh-hegeh nak makan.. So sebelum buah ni buruk, baik uzu buat dessert favorites dia :p Dia suka makan coleslaw tawwww :p 

Memandangkan kami ni baru kahwin tak sampai sebulan, esok baru genap sebulan hehe, jadi barang-barang baking tak beli lagi.. Baru beli mixer.. Microwave tak beli lagi so uzu tak dapat nak baking then uzu ambik je bahan-bahan yang ada kat dalam peti ais.. Bahan-bahan pun senang dapat :) Mudah nak buat untuk suami.. Korang pun boleh try :p

By the way guys... Coleslaw ni macam-macam jenis boleh buat.. Laki uzu suka makan apple, jadi uzu mencipta resepi campak-campak mabik dari petii hahahahha so terhasil lah Apple California Sweet & Naturally Raisin Coleslaw. Lagi sedap kalau kita letak Black California Raisins sebab kismis jenis ni uzu selalu beli.. rasa dia.. Sweet & Naturally..

"California Raisins are a highly versatile ingredient in the kitchen. They can be used in cooked food, baked products and even beverages, lending flexibility to busy professionals who want an easy way to create their own meals"


Sempena tahun baru cina yang bakal menjelang lagi beberapa hari ni, marilah kita hidangkan makanan yang bertema kan kismis hitam california sebab dengan kismis ni, meriahlahhh lagii menu-menu tahun baru kitaaaa !!! Untuk tahun baru, uzu sediakan resepi dessert ni untuk suami !!!

Bahan-Bahan:
1/2 cawan Kismis California
1 cawan mayonis
1/2 cawan krim masam
2 sudu cuka sari apel
1 kubis savoy kepala, dikisar atau dihiris nipis
1 cawan wortel parut (kira-kira 4 lobak kecil atau 2 sederhana)
2 biji epal Granny Smith, berkerak dan diparut
Garam halal dan lada hitam yang baru digiling

Cara-Cara:
Dalam mangkuk besar, masukkan Kismis California, mayonis, krim masam dan cuka sari apel. Masukkan kubis, wortel, dan epal, kemudian masukkan hingga sebati. Masukkan secubit garam dan lada secukup rasa. Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan.


Menang RM100 Like & Share & Vote uzu :p

So actually uzu ada join contest create resepi yang menggunakan Black California Raisin, so uzu nak minta jasa baik korang untuk tolong LIKE gambar uzu kat page California Raisin dan like resepi no 4 okeh? Hehehe thankss semua :)

Untuk Matlumat Lanjut


#CaliforniaRaisins #SweetNaturally #deliciousandnutritious
#California #Raisins #natural #noaddedsugar #recipe

0 comments