Belanjawan 2020 Untuk Kementerian Belia & Sukan


Belanjawan 2020 Untuk Kementerian Belia & Sukan | Salam.. Alhamdulillah ini tahun kedua untuk kerajaan baru membentangkan bajet yang mana Belanjawan 2020 ini telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia pada Jumaat 11/10/2019 bermula dari 4 petang tadi yang disiarkan di secara langsung di stesen television serta radio saluran awam dan juga berbayar di Malaysia.. 

Dua tahun pertama ini pentadbir kerajaan yang baru telahpun berhadapan dengan cabaran yang agak besar kerana urus tadbir negara telahpun berjaya mengurangkan bebanan hutang negara sekaligus menjaga kebajikan rakyat .

Dalam pembentangan bajet 2020, uzu ingin fokuskan lebih belanjawan untuk Kementeria Belian & Sukan kerana ini adalah masa depan anak-anak muda , adik-adik kita yang masih belia.. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman telahpun memohon tiga belanjawan utama iaitu memohon dana khas  6 Billion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh 5 tahun untuk mencipta ratusan ribu peluang pekerjaan dalam industri sukan... Juga, hala tuju negara perlu mengutamakan TVET iaitu dengan menaikkan elaun bagi anak-anak TVET kerana kadar pengangguran TVET lebih rendah daripada lepasan Universiti.. Isu ketiga ialah mengenai gaji minnima yang perlu ditingkatkan yang mana dahulunya gaji minima ialah RM900 dan kini dinaikkan kepada RM1100 dan harapan Syed Saddiq tahun ni ingin mencapaikan manifesto dengan meletakkan gaji minima RM1300-RM1500 pada tahun hadapan.. 

Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan belanjawan Kementerian Belia Dan Sukan dengan membentang bajet sebanyak RM 1.2 Billion , kenaikan 10.9% berbanding sebelum ini..

Belanjawan Pembangunan Belia 2020 : RM138 Juta

Peluang Pekerjaan : RM6.5  Billion untuk diberikan untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan untuk belia-belia dalam industri sukan negara untuk tempoh 5 tahun..

Graduan/Bekerja  : 
- Bagi yang menggangur lebih daripada 12 bulan, belanjawan Kementerian Belia dan Sukan telah memberi insentif gaji kepada belia yang baru bekerja selama 2 tahun sebanyak RM500 . 
- Majikan pula akan mendapat dana dari negara iaitu menyediakan sewa rumah bernilai RM300 untuk setiap sewa selama dua tahun.. Dengan dana yang diberikan dapatlah mengurankan beban belia dengan membantu belia-belia yang baru bekerja untuk sehingga stabilkan kewangan yang baru bekerja..

Apprentice @ Work (TVET) :
- Menyediakan elaun tambahan RM100 untuk pelatih TVET
- Memperpanjang insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
- Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja

Locals @ Work : 6.5 Juta
- Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing RMRM500 selama 2 tahun
- Majikan: Insentif menyewa sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun yang menerima pekerja local yang menggantikan pekerja asing
- Meningkatkan gaji minimum kepada RM1,200 di bandar-bandar utama dan RM 1100 luar bandar

Women @ Work : 
- Pekerja wanita yang berhenti bekerja selama lebih setahun akan mendapat , RM500 sebulan selama dua tahun, insentif cukai dilanjutkan selama 4 tahun dan RM300  sebulan  untuk majikan selama 2 tahun.

TVET :
- Peningkatan peruntukan dari RM5.7 bilion kepada RM5.9 bilion 
- RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (IKLA)
- Dana geran padanan untuk menyokong kursus TVET dengan kerjasama industri.
- Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan kursus ijazah untuk pelatih yang menamatkan pengajian dari Kolej Vokasional


Sukan : RM179 Juta
- Sukan Olimpik Tokyo / Hanoi SEA - RM20 Juta
- Pemulihan kemudahan sukan - RM299 juta
- eSports / eSukan - Peruntukan meningkat sebanyak RM20 Juta
- Program sukan wanita - RM10 juta
- Program pembangunan bola sepak negara - 45 Juta

Alhamdulillah dengan 3 permohonan utama Kementerian Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang telah diluluskan serta permohonan lain-lain bagi belia juga diluluskan. Dengan kadar penganguran sekarang sumber dari Statistik Utama Tenaga Buruh 2019 yang terkini lebih 15.7 Juta rakyat Malaysia yang menganggur  .. Dan dengan peluang pekerjaan yang telah dibuka kepada sebanyak 350,000 pada tahun hadapan dapat mengurangkan kadar peratus rakyat yang tidak bekerja termasuk lepasan universiti serta ingin mengurangan 130000 pekerja asing.

Insentif kerajaan untuk yang graduan ataupun yang bekerja, Kementerian Belia Dan Sukan akan memberikan dana untuk membantu graduan-graduan yang baru bekerja dengan insentif sebanyak RM500 sebulan selama dua tahun.. Bukan itu sahaja, juga diberikan insentif sewa utuk majikan RM300 selama dua tahun..

TVET @ Work ialah Technical Vocasional Education and Training, isu yang utama diketengahkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, itaitu akan menambah insentif yang sedia ada dengan tambahan RM100 .. TVET juga dapat memanjang insentif cukai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.. Tak lupa juga Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja..  Semoga dengan belanjawan TVET pada tahun hadapan akan membantu lagi anak-anak TVET terutama dari golongan kurang mampu.. 

Pekerja asing ialah salah satu masalah yang negara kita hadapi sehingga sekarang ini kerana tenaga buruh di Malaysia ialah kebanyankkannya terdiri daripada warga asing lebih dari 15.7 Juta. Untuk mengurangkan kadar tenaga buruh asing di negara kita, Kementerian Belia dan Sukan akan memberi RM500 selama dua tahun kepada sesiapa yang menggantikan pekerja asing ..Majikan pula diberi insentif RM300 sebulan selama dua tahun. jika memberi peluang kepada pekerja tempatan menggantikan pekerja asing. Gaji minima telah dipertingkat kepada RM1200 dibandar-bandar utama. dan RM1100 untuk luar bandar.

Belanjawan TVET dinaikkan dari 5.7 Billion kepada 5.9 Billion yang mana untuk membiayai kusus TVET. Juga dana untuk Instituti Latihan Kemahiran Awam, dana geran, , rangkaian untuk TVET melanutkan pelajaran keperingkat Ijazah, dan menyediakan belanjawan untuk HRDF untuk melatih 3000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah.

Untuk dana terakhir bagi Kementerian Belia dan Sukan ialah Sukan yang mana ada dana untuk Sukan Olimpik Tokyo/Hanoi Sea, pemulihan kemudahan peralatan dan kemudahan sukan, peruntukan juga meningkan untuk eSukan, dan tak lupa juga Program Sukan Wanita.

Dengan adanya belanjawan 2020 untuk Kementerian Belia & Sukan semoga anak-anak belia akan menaiktarafkan kadar pengganguran di Malaysia. Salam.

0 comments