Pelancaran Logo visit Sarawak Dengan Tagline "Sarawak, More To Discover"


Pelancaran Logo visit Sarawak 2019 Dengan Tagline "Sarawak, More To Discover" | Salam.. Petang tadi uzu berkesempatan untuk menghadiri satu event tourism iaitu Pelancaran Logo visit Sarawak dan sekaligus merasmikan visit sarawak 2019 dengan tagline "Sarawak, More To Discover". 

Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah telahpun merasmikan logo visit sarawak dan juga kempen visit sarawak 2019  di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur petang tadi.

video pendek tempat-tempat menarik, budaya, dan makan di sarawak :)
Pengumumaan Logo Rasmi visit Sarawak
tarian kebudayaan sarawak :)
 Persembahan nyanyian penyanyi sarawak, Dayang Nur Faizah
 Uzuuu nak jugak ambik gambar berlatar belakangkan logo sarawak yang cantik !!

Mengenai Sarawak


Sarawak adalah negeri terbesar diantara 13 buah negeri di dalam Malaysia. Ia terletak di hujung utara dan utara-barat Borneo yang meliputi ukuran 124,450 km persegi dan seluas lebih 750 km. Ia  membentuk keseluasan sehingga 37.5% daripada keluasan tanah dalam negara (lebih besar dari Korea Selatan)

Sarawak amat unik kerana terdapat budaya, pentadbiran dan gaya hidup yang sangat berbeza. Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang yang terdiri daripada lebih kurang 27 kumpulan etnik utama yang masih wujud, masing-masing dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri. Sarawak juga terkenal dengan kekayaan sumber-sumber asli. Gas asli cecair, minyak mentah dan kayu keras tropika banyak menyumbang dan membantu dalam mengekalkan ekonomi, di mana dalam beberapa dekad yang lalu, industri pertanian (minyak kelapa sawit), industri-industri ringan dalam pemprosessan makanan, pembinaan kapal dan elektronik menjadi semakin penting. Kuching, Pintu Gerbang ke Sarawak. Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan merupakan pintu masuk utama bagi pengunjung yang ingin ke Sarawak. sumber


Logo visit Sarawak "Sarawak, More To Discover"


Design logo yang cantik, menarik, colourfull, friendly telahpun menarik perhatian uzu. Dari tadi tak henti-henti puji logo visit sarawak ni. Cantik sangat! Hihi setiap logo, design dan warna ada makna tersendiri... Ada 7 jenis warna semuanya ia menunjukkan ada 7 negeri di sarawak.

Siapa yaang perasan, logo tersebut, huruf A didesignkan dengan design bumi kenyalang. Memang logo ni simple, dan bila tengok logo baru ni betul-betul melambangkan negeri Sarawak. Sape ntah diaaa punyaa designer. Tabik bagi dia 20/10 bintang  !! Setiap warna ada makna-makna sendiri dan boleh baca kat bawah :
  • Merah & Kuning : Melambangkan warna bendera negeri sarawak, merah dan kuning
  • Oren : Mewakili kekuatan dan semangat pelbagai etnik dan komuniti di sarawak
  • Hijau : Melambangkan kaya dengan alam semulajadi
  • Biru : Ketenangan laut disepanjang pantai sarawak
  • S : Logo design curling patten melambangkan design tradisional sarawak yang selalunya digunakan sebagai kerja seni orang Dayak & Ulu..
  • Kepala tanduk : Melambangkan bui kenyalang yang mempunyai negeri yang kaya dengan kebudayaan, dan ditambah sedikit rekabentuk yang melambangkan alam semulajadi.
Tagline "More To Discover"

"Tagline,"More To Discover" ialah stratergi Lembaga Pelancongan Sarawak untuk meletakkan kedudukan negara malaysia terutama sarawak sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya, pengembaraan, alam, makanan, dan perayaan (CANFF) yang tidak dijumpai di mana-mana sahaja di dunia, dan ia siap sedia untuk dilawati..

Pelbagai jenis kategori yang patut korang tahu jika nak ke Sarawak. Contohnya korang wajib kena menerokai budaya, makanan, alam semulajadi, pengembaraan, dan juga festival :)

Discover Food

Banyak jenis makanan sarawak yang patut kita rasa kerana makanan di sarawak adalah unik! Contohnya "Manok Pansuh" ialah ayam yang dihidangkan dengam bamboo. First time uzu makan tadi, sedap yang amat! 5/5 bintang. 
Manok pansuh

Juga Laksa Sarawak ! Uzu bagi 5/5 bintang untuk Laksa Sarawak yang uzu makan tadi. Orang kata kalau ke Sarawak , kalau tak sempurna lawatan korang kalau tak rasa laksa sarawak ! Bapak uzu orang sarawak tapi tadi first time uzu makan laksa sarawak! Sedap pulak tu. Hihi terus rasa mengidam.. Mana nak cari laksa sarawak yang sedap kat KL ni eh :( Huhu
Laksa Sarawak


Discover Festivals

Siapaaa yang ingin menyaksikan festival yang sangat-sangat unik. Ia boleh dilihat melalui festival Hari Gawai , Rainforest World Music Festival yang mana telah diadakaan pada setiap tahun dan tahun ini kali ke 21 ia diadakan... Pelbagai pengunjung dari dalam juga luar negara juga mengambil kesempatan untuk memeriahkan lagi festival tersebut :) Dilaporkan lebih 20000 pengunjung yang telah pun hadir ! Tahniah diucapkan :)

Juga, festival seperti  Borneo Jazz, Kucing Waterfront Jazz Festival, Pesta Paul, Tidal Nore Festival, Borneo Cultural Festival, Pesta Meow dan Sarawak Regattaa juga diadakan setiap tahun. Best kan?

Discover Culture 

Sarawak mempunyai 26 jenis kumpulan etnik yang berbeza, semuanya mempunyai kebudayaan, adat, tradisi dan bahasa mereka sendiri.. Penduduk asli Sarawak terdiri terutamanya daripada orang Dayak (istilah "orang upah"), istilah umum yang meliputi kumpulan utama seperti Ibans, Bidayuhs, Kenyahs dan Kayans dan subkumpulan kecil seperti Murut, Punans, Bisayah, Kelabits, Berawans dan Melanaus.

Budaya-budaya ini pelbagai, mengamalkan pelbagai agama yang terdiri daripada Islam, Kristian, Buddhisme, Taoisme, Konfusianisme dan Baha'isme kepada ibadat penyembah dan animisme, hidup dalam keharmonian yang dicemburui dan berkumpul untuk mewujudkan identiti unik dari Sarawak.

Dengan begitu banyak budaya dan agama, kalendar tempatan penuh dengan perayaan dan perayaan yang menarik dan berwarna-warni. Di mana sahaja anda pergi, sepanjang tahun, acara ini, sering dikongsi oleh komuniti secara keseluruhan, menjadikan Sarawak tempat yang menarik untuk melawat dan meneroka.

Discover Adventure

Untuk di darat, pengunjung banyak adventure untuk dipilih dari trekking hutan, mendaki gunung, pendakian batu dan ekspedisi hutan. Di dalam air pula, pengunjung boleh memilih aktiviti sungai, menyelam, sukan air, memancing, jet ski dan kapal layar.

Siapa yang suka kan bandar,  korang boleh melawat Kuching, kerana ada satu campuran seni bina yang paling menarik di Malaysia, dengan bangunan kolonial di kalangan seni bina moden.

Orang Ulu sangat-sangat mahir dalam kerja-kerja keras, sedangkan Iban adalah tukang tenun. Kedua-dua Melanau dan Bidayuh mahir dalam pembuatan bakul dan tenunan topi dan artifak menggunakan sumber semula jadi seperti buluh, sawit, rotan dan kulit kayu.

So apa lagi? Listkan Sarawak sebagai negeri yang waajib korang p di Malaysia ni selain daripada Sabah :p hehehe asyik-asyik p Sabah je kan. Asyik-asyik p Sabahhh je kan.. Huhuhu. Ke Sarawak pulak okay next year? Uzu pon ada tempat uzu nak p kat Sarawak next year :p Jom ke Sarawak!Hihi..  "Sarawak, More To Discover" #visitsarawak #sarawakmoretodiscover 

2 comments