10 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Kapas Terengganu



10 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Kapas Terengganu | Salam.. Dah agak lama sebenarnya uzu tak ke Pulau ni, rasa rindu yang sangat menebal actually ! Hihi Seingat uzu yang pelupa ni,  last uzu ke pulau pun, 3 4 bulan lalu... uzu ke  pulau pangkor dengan Fam Trip Gaya Travel untuk menyokong Tourism Perak ketika itu.. dan sebenarnya adalah terdetik dalam hati uzu ni nak menjelajah semua pulau-pulau kat malaysia hahhaa ..(lantak lah kalau hitam pun huhu), dan finally bila dapat invitation dari Pulau Kapas , wahhhh rasa macam teruja gila...  Sebab pulau kapas ni kan antara pulau yang uzu tak pernah p lagi...ini lah masanya nak check in pulau yang tak pernah lagi ...Horeey !

Sebelum tu, uzu dengar cerita kan, pulau kapas ni antara pulau yang tak best.. Hmm tu lah salah satu sebab actually uzu malas nak p... Tapi uzu bukan kisah pun dia best ke tak best ke, janji...uzu dah check in pulau tu... Best ke tak best ke belakang cerita ! Lain orang lain pendapat ...hehe.. Bagi uzu, as long as uzu tak pernah sampai, uzu nak p jugak... Tapi bila sampai sana.. Lain pulak cerita dia.. Haaaaa sapa kata pulau kapas tak syok? Buuuuuuuuuuuu dia...buuuuuuuuuuuuuuuu...

Btw kami sampai ke Jeti Marang dalam jam 11.30 pagi. Malamnya bertolak dari KL jam 11 malam. Kira macam awal sebenarnya kami gerak tapi saja nak gerak awal, boleh lepak lama-lama kat RNR, boleh singgah solat dan mandi.. Hehehe.. Yang penting boleh drive slow slow kan. Takut kalau gerak jam3 4 pagi, ada yang terlajak tido lah itu lah ini... so kami decide untuk gerak awal sesambil lek lu sap kok lu tang..
Jeti Marang khas untuk ke Pulau Kapas
Jeti Marang ke Pulau Kapas dalam 15-20 minit dah sampai..

Penginapan kami untuk 3 hari 2 malam ialah di Kapas Coral Resort .. Sebenar kiterang punya check in lebih kurang jam 2 petang. So sambil-sambil nak tunggu check in tu,  kami lunch di Kapas Coral Resort dan jejalan tepi pantai dan kawasan sekitar sambil-sambil ambik gambar...


Hari pertama, kiterang lebih kepada free and easy.. Sebabnya jam 2 petang baru nak check in bilik, masuk bilik mandi , solat, dan tidur kejap. Hehehe so .. petang tu baru kami jejalan kat area Pulau Kapas. Ada beberapa aktiviti dan tempat menarik yang ada disediakan di depan Kapas Coral Beach Resort antaranya ialah..

1.Jalan-jalan kat tepi pantai.

Kalau ke pulau, of coz lah kita akan jalan-jalan kat tepi-tepi pantai ni sambil menikmati udara segar pulau kapas, sesambil tu boleh dengar bunyi ombak, main-main dengan ombak, acehh bunyi macam aktiviti pasangan yang baru kawin je haahahaha. Over betul lah perangai tapi best kot lepak tepi pantai, boleh main air pantai kan..Fefeling kat Maldives, tak mampu huhuhhu kita layan pulau kapas je okay. hehe.
Maldives tak mampu kita g pulau kapas je hehe
 Seronok tengok pantai dia.. bersih...air pun jernih..

2.Berkayak

Memandangkan banyak masa terluang yang ada, so uzu just tengok bebudak lelaki ni main kayak. Tapi yang ni berbayar tau. kalau tak silap RM20/jam... Daalam 1 kayak boleh masuk 3 orang so jimat lah kat situ. takde lah mahal sangat hehehe.. Diorang main kayak waktu sebelum nak senja tu, so view pun subhanallah cantiknya hehe. 


3.Main bola di tepi pantai

Lepasa berkayak tu, sebelum nak azan maghrib, diorang sambung pulak main bola pulak dengan pendudk kampung. Hehe.. Seronok pulak memasing dengan gelak ketawa memasing. Hilang kejap stress dengan pelbagai hal di KL. Hehe.. Main bola kat sini free je, betul-betul kat depan Kapas Coral Beach Resort..
Cantik view kat sini bila dah nak senja..

4.Bergambar di tempat spot cantik-cantik

Apa yang uzu perasan, siapa yang stay di area Kapas Beach Resort, memang banyak spot cantik-cantik nak amabik gambar sebab ni inisiatif mereka menyediakan satu tempat/aktivti yang menarik untuk customer-customer di Pulau Kapas..
Buaian...
Ambik gambar sebelum kitereng trekking

5.Sea Trekking

Aktiviti kami yang sebenaar bermula pada hari kedua kami di Pulau Kapas. Pagi-pagi selepas breakfast, memasing dah sediaa untuk ke hiking untuk ke bukit singa tapi sebelum tu kami kena Sea Trekking lebih kurang 40-50 minit untuk ke Bukit Singga... Fuh actually kalau nak mendaki ada dua laluan. Satu lalu hutan, satu lalu laut (sea trekking) . So kami ambik jalan shortcut tapi basah banyak hahahaha. Habis kasut masuk air laut !
Memasing dah basah mengharungi sea trekking yang mencabar hehe
 Trekking nak ke hiking bukit singa lalu jalan dalam air . OMG !

6.Hiking di Bukit Singa

Kalau ke Pulau Kapasa tapi tak hiking ke Bukit Singa ni, dia tergolong daari oranag-orang yang rugi. Gitohhhh.. Uzu suka pulau yang ada hiking macam ni, boleh tengok view dari atas. Dulu, pulau kat manukan ada pulau cam ni, pulau perhentian pun ada , dan serius tak sangka pulau kapas pun ada. Ya allahhhhh cantik giler pemandangan kat sini. Hehe tapiii naak daki bukit singga ni agak curam dan bahaya sikit. Kena berhati-hati ye guyss ! Pandai naik, pandai turun hehehe..
Cantik tak? huhu
Kalau ke pulau kapas tapi tak ke sini memang rugi ok :p
Puas hati dapat tengok view ni.. hehe

7.Snorkeling

Aktiviti wajib ada kalau ke pulau.. Well, uzu suka juga snorkeling ni, boleh tengok ikan, boleh tengok coral, boleh tengok penyu hehe, macam-macam lagi hidupan laut yang ada cuma kat pulau kapas ni spot untuk snorkeling 1 tempat je. Hehehe..
Hello wanita purdah pun boleh snorkeling okay :p

8. Island Hopping

Haaa aktiviti islaand hopping ni kedua wajib lah juga, lepasa snorkeling terus g island hopping tapi tak lama lah sebab masing-masing dah pening. hehehe.. Ada banyak pulau sebenarnya yang kami lawati termasuklaah pulau-pulau kat bawah ni..
Macam bentuk kura-kura pulak
Pelik lah pulau ni tapi cantik hehe

9. Persembahan Violin

Waktu malam kan, selalunya mesti pulau pulau sunyi kan? Haa kalau korang stay kat Kapas Coral Resort, confirm tak sunyi sebab ada persembahan violin di depan resort ni. Memang dapat jemputan khas diimport semataa-maataa untuk menghiburkan customer-customer Kapas Coral Beach Resort.. Tabik lah abang-abang ni.. Best gilaa diorang main. Terhibur kiterang..! Kami lepak lepak kat sini sesambil makan malam dan borak..Ngumpat orang pun sempat lagi ok :p

10. BBQ

Malam terakhir kami, pihak resort sediakan tempat BBQ tapi bahan mentah semua kena sediakan sendiri.. Tapi.... rezeki kamai sebab sakinah owner Kapas Vacay sudi nak membelanja kami BBQ malam tu. Macam-macam kiterang BBQ, antaranya ayam, sotong, udang dll.. Perghh sedap doh! Layan habis hehe.. Thank you Sakinah :)

Esoknya takde aktiviti sebab masing-masing reaady nak ke Jeti marang untuk bergerak balik ke Kuala Lumpur. Sebelum tu, kami singgah makan tengahari di salah sebuah restoran yang famous di Kuala Terengganu, Rex Nasi Padang Sumatera. Yang ni nanti uzu review khas tempat makan ni.. Sedap giler serius ! Hihi ok lahhhh setel suda cerita dan pengalaman uzu kat Pulau Kapas.

Btw sesiapa yang berminat nak ke Pulau Kapas, korang boleh ambik Pakej 3 Hari 2 Malam Pulau Kapas di Kapas Vacay ! Uzu sangat-sangat rekemen amabik pakej kat Kapas Vacay sebab orang dia cantik, berbudi bahasa, cara layan customer pun okay, jaga kebajikan dan keperluana kami sepannjang kami di Pulau Kapas. Thanks Kapas Vacay ! Uzu bagi 5.5 bintang untuk Kapasa Vacay :)

Pakej 3 Hari 2 Malam Pulau Kapas

RM305 / seorang (1 bilik 4 orang)

Pakej termasuk;
1) Bilik penginapan yang luas dan selesa dengan penghawa dingin (2 malam).
2) Bot pergi balik dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.
3) Snorkeling di Taman Laut.
4) Keperluan snorkeling.
5) 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam.

Tambahan aktiviti (harga untuk seorang);
1) Snorkeling set (one day used) + RM15
2) Hiking Bukit Singa dengan tour guide + RM15
3) Island-Hopping / tour dengan bot selama 45 minit + RM25


Haaa siapa kata Pulau Kapas tak best? Tengok sendiri aktiviti dan tempat yang menarik di Pulau Kapas. Semua cecantik okay. Heheh so kalau berminat nak ke Pulau Kapas, boleh lah contact Kapas Vacay untuk pertanyaan lanjut mengenai pakej ni okay. Heheh ok lah Salaam :)

Untuk Matlumat Lanjut
PULAU KAPAS DARI KAPAS VACAY!
Contact : 011-2195 6220 / 017-501 7517

24 comments