Tioman Island Conservation Day 2107 (TICD2017)

 

Tioman Island Conservation Day 2107 (TICD2017) | Salam.. Alhamdulillah impian uzu nak datang ke Pulau Tioman tertunai bila dapat jemputan ke Pulau Tioman sempena Tioman Island Conservation Day 2017 yang berlangsung di Berjaya Tioman Resort pada bulan lalu. Alhamdulillah rezeki sangat-sangat sebab pat p Pulau Tioman dan stay kat Berjaya Tioman Resort pulak tu ! Hihi.. Bertuah sangat-sangat sebab menjadi salah satu blogger untuk menyelemat bumi ! kehkeh .. Datang ke Tioman Islan bukan suka-suka eh tapi ada misi amal iaitu TICD2017 , together we save earth tagline dia :p

Penginapan Kami 3 Hari Malam Di Berjaya Tioman Resort

Inilah penginapan kami..
 Cantiknya resort diperbuat daripada kayu.. Nampak mahal..
View dalam bilik.. Dapat queen size . Sharing dengan Neyra Shazeyra.
 Keluar je bilik memang dapan pantai .. Syok kan santai-santai?
 Lepak kat sini memang syok 
 Kalau tak nak mandi laut, mandi swmming pool..
 Kalau anak-anak nak mandi pun kita boleh pantau dari sini.. 
 View laut yang mengoda.. Hihi..
 Yang ni best! Jakuzi.. Hihi first time ber-jakuzi..
 Rasa sedap je badan berjakuzi ni sebab ada blup blup blup air yang urut hahaha
 Kalau haus tu boleh order minuman kat tengah-tengah pool..

Berjaya Tioman Resort ialah  syurga tropika yang mana kaya dengan batu pantai yang pasir keemasan, ada kawasan perairan yang bersih, kaya dengan kehidupan marin , gunung ganang yang yang menjadikan pemandangan di Berjaya Tioman Resort adalah sangat-sangat cantik untuk dikunjungi... Pelbagai jenis  bilikyang ada di resort ini antaranya :

Jenis-Jenis Bilik Di Berjaya Tioman Resort
  • Standart Chalet
  • Superior Chalet 
  • Deluxe Chalet
  • Standart Quad Chalet
  • Junior Suite 
  • Deluxe Tripplet Chalet
Juga pelbagai jenis kemudahan yang uzu perhatikan di Berjaya Tioman Resort membuatkan uzu fall in love wih this resort !!  Resort ini ialah tergolong dalam 4 star resort, ada 268 bilik dan suites, ada area untuk smoking, setiap bilik ada balcony sendiri, bilik dilengkapi dengan airconditioning, cable tc, IDD handy phone, safe deposit box, hair dryer, Iron, In-room mini fridge, dan tea / coffee .. Semuanya lengkap kat sini dah uzu bagi 5/5 bintang untuk kemudahan kat sini :)

Selain itu, kemudah yang lain untuk servis yang lain juga ada antaranya :

  • Money Exchange
  • Kad kredit utama diterima
  • Akses Wi-Fi di kawasan awam
  • Perkhidmatan mel dan pos
  • Perkhidmatan dobi
  • Perkhidmatan duduk bayi (atas permintaan)
  • Pemindahan Jeti (untuk ketibaan & pemergian sahaja)
  • Kedai cenderamata
Untuk ketempat ini, uzu dan rakan-rakan blogger dan media menaiki kemudahan yang disediakan iaitu boat transfer dari Jeti ke Pulau Tioman .. Bot yang kami naiki adalah bot yang sangat selesa.. Ianya seperti 5 start boat transfer :) Hihi..

Tioman Conservation Day 2017

Together we save earth ! Program kami adalah untuk menyelamatkan bumi iaitu menyelamakan coral-coral yang makin pupus, so kami telah pun bertungkus lumut membina rumah baru untuk pembiakan coral-coral supaya kehidupan marin di sekitar perairan Berjaya Tioman Resort tidak pupus !

Hari pertama, aktiviti kami untuk TICD2017 adalah membuat structure ! Membuat structure boleh pelbagai jenis structure iaitu daripada besi, kayu, batu.. Kami memilih untuk daripada besi! Besi yang disediakan , kenalah dibersihkan, dicat dan sebaginya.. Selepas itu, 

Proses mengecat structure dan keringkan..
 Tengah gigih buat jaring untuk structure .. Bukan senang ye.. Jaring kena ketat !
 Uzu dan neyra kena buat structure kecik ni tapi hehehe susah juga..
Proses memotong jaring, proses ikat jaring ke structure kena kemas dan kuat..
Proses mengecat stucture besar ! 
Keesokan harinya, structure yang dah siap akan ditanam di dasar laut :)

Hari kedua adalah majlis pelacaran TICD2017.. Pelbagai pihak yang join program ini antaranya Media, Blogger, para-para diver, budak sekolah, dan macam-macam lagi... TICD menuju kemundak pada hari kedua iaitu hari Sabtu.. Acara penyerahan structure kami kami bina untuk tanam coral akan diberi kepada diver-diver untuk dibawa ke dasar laut ! Smentara diver-diver dive untuk tanam coral dan sebagainya, kami para-para blogger dan media beralih ke kawasan menanam pokok kelapa  ! Ini juga adalah salah satu aktiviti "together we save earth" untuk TICD2017 kali ini..

Bangga pulak rasa.. Hiihii
 Best juga main tanam-tanam pokok ni kan.. Rasa love nature sangat ! :D
 Cepat lahh tanam ! Panas kat sini .. :D

Pada sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan mengutip, memungut sampah sekitar Berjaya Tioman Resort.. Wahhh kerja amal yang tak pernah buat ! Ini first time uzu buat kerja-kerja macam ni.. Terima kasih Berjaya Tioman Resort anjurkan program macam ni :)

Sampahh ..
 Bergaya siap dengan sampah pun ok kan :D

Selesai suda acara kami untuk TICD2017 kali ini.. Hihi.. Pada malam terakhir kami, ada diadakan DIVER NIGHT, majlis penutupan lah kekdahnya.. Meriah lah majlis penutupan TICD2017 .. Leboh 200+ yang ada pada malam tu .. Diver-diver yang ramai.. Siapa ada persembahan tarian, nyanyian, ada lucky draw yang boleh menang penginapan di dalam negara dan juga luar negara!! Wahhhh seronok tapi takde rezeki uzu.. Hehehe..

Apa pun, uzu enjoyy dengan TICD2017 dan berharap dapat join untuk TICD untuk next program! Jangan lupa jemput uzu tauuu hihi :p Salam.

1 comments