TREND ANAK MUDA MELABUR SAHAM

TREND ANAK MUDA MELABUR SAHAM|  Salam.. Salam.. Wahh kali uzu bercerita bab saham pula.. Sebenarnyaaa bagi pandangan uzu, saham ni untuk orang kaya kaya je.. Hihi 

First.

Orang akan tanya,

“Saham tu ape wei?
“Apa benda saham tu wei? 
“Bukan saham ni untuk orang have have ke wer?

Bukan setakat orang je tanya, uzu pon tak tau satuuu apa pun pasal saham. Macam sekarang.. So uzu pun macam korang juga. Baru nak belajar nak tahu, nak belajar kenal dan nak ada ilmu pelaburan saham.

Apa itu pelaburan saham? 

Pernah tak kengkawan korang atau family ke adik beradik suggest kita melabur saham di Bursa Malaysia? Uzu tak pernah.. Korang? Haaa pernah tak dengar pelaburan saham ni lebihh banyakkkk dapat keuntungan berkali-kali ganda? Uzu pun tak pernah tahu.. Cuba korang baca artikel ni >> Pulangan Sehingga 400%? Kalaulah Aku Melabur Dalam Syarikat Ini Tahun Lepas

Serius ! Fuh tergugat rasa nak kenal lagi mendalam mengenai pelaburan saham..

Pelaburan Saham Adalah 

Pelaburan saham merujuk kepada pembelian saham syarikat-syarikat yang tersenarai (listed securities) di Bursa Malaysia. Antara contoh syarikat yang tersenarai yang selalu kita dengar:

AirAsia, Astro, Axiata, Bank Islam Malaysia, Padini, Bonia , OldTown, Pensonic, Sime Darby, SP Setia, Takaful Malaysia, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Top Glove, UMW Holdings, YTL Corporation Berhad
Maggi Nestle - Listed Bursa Malaysia
Macam mana nak beli saham-saham ni? Perlu buka akaun saham dulu. Akaun ni boleh dibuka melalui mana-mana syarikat broker / bank pelaburan.

Fuh uzu takde lagi akaun ni. So nak kena buka ni.. !

Jom sama-sama belajar macam mana nak buka akaun pelaburan saham ni..

Cara Buka Akaun Pelaburan Saham

Buka akaun dengan syarikat broker / bank pelaburan

Sila berhati-hati ye! Jangan buka akaun pelaburan saham dengan orang. Ramai yang dah tertipu mengenai ini.. Wajib buka akaun di syarikat broker.
  • Cari Syarikat Broker Berhampiran. Pergi ke website Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com) dan cari yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan. ( Senarai Broker Sah )
  • Sama ada untuk senang nak keluar masuk duit, yang kita suka online trading platform dia atau yang caj komisyen rendah.
  • Cari Yang Menawarkan Akaun Shariah Compliant. Semak sama ada syarikat broker kita tu tawarkan Islamic Trading account atau tidak. 
Bila dah setel buka akaun saham, masukan modal dalam akaun trading…

Masukkan modal yang u oll nak masukkan dalam akaun trading… Jangan risau nanti syarikat broker akan ajar caranya. Selepas itu dah boleh memulakan proses jual beli saham di Bursa Malaysia.

Sekarang dah canggih, proses jual beli saham boleh dibuat sendiri melalui online apps yang disediakan oleh syarikat broker.

Modal Beli Saham

Untuk beli modal saham.. Bursa Malaysia telah tetapkan minimum pembelian saham iaitu 100 unit. Dulu 1,000 unit, sebab tu dulu orang kata orang kaya je boleh join.

Jadi, sekiranya harga saham itu berharga RM 0.50 maka pembelian 1 lot saham kiraannya adalah seperti berikut:

      RM 0.50 x 100 unit = RM 50


Manakala untuk saham berharga RM 5, maka pembelian 1 lot saham kiraannya ialah:

      RM 5 x 100 unit = RM 500

Kiraan ini tidak termasuk kos brokerage, stamp duty, clearing fee dan GST yang perlu dibayar setiap kali transaksi. Kos ni nanti boleh tanya siap-siap dekat syarikat broker masing-masing.

Lebih 70% saham yang diniagakan di Bursa Saham berstatus patuh Shariah. Justeru, pelabur Muslim tidak perlu khuatir tentang hukum pelaburan saham kerana perkara ini telah pun diselia oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pastikan tuan membuka Islamic share trading account untuk mengelakkan terbeli saham yang berstatus tidak patuh Shariah. (sumber)

Keuntungan Saham

Yang ni bab paling best sekali sebab nak tahu macam mana kita boleh dapat keuntungan dari pelaburan saham yang kita buat dalam 2 cara..

  1. Untung capital gain - Untung capital gain merujuk kepada perbezaan harga saham. Contohnya masa beli RM1, masa jual RM5.
  2. Untung dividen - Untung dividen pula merujuk kepada pembahagian sebahagian keuntungan syarikat kepada para pemegang saham. Dividen diagihkan berdasarkan prestasi operasi syarikat dan tak bergantung dekat turun naik harga saham. 
Pelaburan Saham Berbeza Dengan Tabung Haji, ASB dan KWSP
  • Harga saham berubah-ubah. Hari ni RM1, esok mungkin naik RM2 atau turun RM0.90
  • Harga saham ASB tetap RM1, sebab tu kita tak pernah rugi bila letak duit dalam ASB 
Uzu adalah someone yang tak tau mengenai saham.. Umur uzu tahun ni 27 tahun so saham ni adalah side income yang patut uzu buat sementara uzu masih muda...

Lagipun uzu ni nak tambah income setiap bulan, selain daripada blogging, inisiatif nak jana income tu lebih ke arah pelaburan saham…

Yeahhh minggu depan nak buka akaun pelaburan saham... Bukan apa… untuk simpanan masa akan datang..

So bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai PELABURAN SAHAM yang SAH, MEMATUHI SYARIAH, korang kena wajib belajar di SEMINAR LABUR SAHAM yang dianjurkan oleh ASRI AHMAD ACADEMY

SEMINAR LABUR MEGA 2017 @KL
Menara MITI ,Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lumpur
Tarikh :18 November 2017
Masa : 8.30 pagi - 5.30 ptg

HOTLINE
017 6600570, 016 4660648, 016 4660690

HARGA TIKET
1 Tiket = RM90  RM180 (Harga Asal)

TIKET COMBO
*Penjimatan sehingga 70% dengan pembelian 2 tiket keatas. 
TERHAD kepada 100 peserta terawal sahaja

2 Tiket = RM140
3 Tiket = RM210
4 Tiket = RM280

UNTUK MENDAFTAR SEMINAR (<- klik sini)

5 comments