MAHA 2016 Terima 3.7 Juta Pengunjung di MAEPS SERDANG

MAHA 2016 Terima 3.7 Juta Pengunjung di MAEPS SERDANG | Salam dan selamat pagi..Jom ke MAHA2016 MAEPS Serdang.. Wuu ni first time g MAHA. First time tahu apa itu MAHA. APA yang ada kat MAHA.. Memula ingat mungkin banyak booth ni ada jual baju-baju ke, rupanya takde eh! Apa yang ada kat MAHA like macam sayur sayur, makanan, perikanan dll. Tapi serius semua best. Sesuai bawak kanak-kanak..Sesuai untuk budak-budak sekolah dan sesuai untuk budak remaja dan warga tua.

Apa yang uzu perasan, yang penting MAHA2016 berganda2 besar dari JOm Heboh. Wuu bapak besar wei.. Kami yang naik tram ni pun rasa penat sangat-sangat! Dari pagi sampai ke malam.
Apa yg uzu perasa, MAHA2016 ni tak cukup kalau nak pusing sehari.. Seminggu pusing pun tak habis wei.. Haa nampak tak betapa BESARRRR dan crowded MAHA2016 ni.

Haa jom tengok apa yang menarik di MAHA2016 ni..

NAFAS CUBE

Nafas Cube adalah tempat kami breakfas seawal pagi. Bukan setakat tempat makan yang menarik tetapi kawasan sekitar yang sangat menaikkan mood kami pada pagi tersebut ialah ada beberapa tempat penginapan yang berkonsepkan kontena dan cube..Wow teruja giler.. Cantik sangat! Banyak bunga-bunga kkat sini.. Masa uzu ke Korea hari tu pun, bunga dia tak cantik macam ni..

 Nasi Lemak & Air Oren
Cube , Kontena dan Gampling

CAMP KAMPUNG PINK NAFAS CUBE
Banyak sangat camp yang diadakan untuk kanak-kanak dan kem ni khas untuk golongan wanita saja. Lebih dari 300 pelajar yang mengikuti kem di sini. Memang sesua untuk memupuk jadi diri perempuan.

PERIKANAN
Kat sini macam-macam jenis ikan ada. Ikan hiasan, ikan tawar dan juga marin sera obor-obor, touch pool juga ada.  Pertandingan dan pameran pelbagai jenis ikan dan produk yang dihasilkan melalui ikan.. Antara yang menarik ialah SATE TUNA! SATE diperbuat daripada tuna.. Sedap sangat! 

OH tak lupa juga kat sini ada Pameran Ikan Termahal. Ikan ni paling mahal RM1800 per kolo. Perk kiloo okay.. Haa entah lah seekor ikan berapa kilo ye dak?
Tuna & Ikan Tuna

PERTANIAN
Seterusnya kami ke pusat matlumat padi.. Kat sini best, boleh tengok macam mana cara buat padi, macam mana pengasingan padi, macam mana gred kan padi, macam mana buat buat bedak sejuk dari beras, jenis-jenis beras dan sebagainya.. Apa yang uzu dimaklumkan 70% je padi yang cukup untuk Malaysia ni dah 30% lagi diimport dari negara-negara luar spt burma, thailand dan sebagainya.
 Cara membuat bedak sejuk

LAMAN NENAS
Siapa yang suka nenas. Haaa  sini lah tempatnya.. Macam-macam nenas kat sini ni ha.. Produk yang dihasilkan daripada nenas antaranya, aiskrim nenas , air nenas, jus nenas dan sebagainya. Selain itu, kat laman nenas ni ada tempat yang cantik untuk ambik gambar
Jus Nenas

LAMAN ARMADA JENTERA
Yang ni sesuai untuk yan sukakan jentera. teringat pulak waktu uzu buat projek akhir di politeknik, meman pasal jentera. Yang nlah teknologi yang sangat canggih yang bertanggungjawab untuk memudahkan lagi urusan-urasan peladang-peladang,

HEART & VEGETABLE
Haa kat tempat ni mak mak nenek nenek memang suka datang kat sini sebab bahagian sayur sayur. Banyak sayur yang sangat murah , fresh dan pelbagai jenis sayur ada.. Tengok lah gambar kat bawah ni haa. Cili pun sangat subur membesar dengan baiknya..

LADANG MINI KELULUT
Ladan mini kelulut adalah tempat pembiakan dan penghasilan madu kelulut.. Bila memula tengok tu macam ladang lebah yg menyengat, tapi bukan.. Rupa je macam lebah menyengat tapi yang ni sakit kena gigit je.. Tak sakit pun sebab lebah kelulut di takde bisa so tengok orang pun berani nak ambik fresh madu dari ladang mini kelulut.

LEMBU SADO
Wuuu first time dengar dan tengok pasal lembu sado. Memang betul-betul sado dan besar giler lembu dia kat sini.. Berotot-otot! Lembu kat sini ialah kacukan belgium. Ada info mengenai cara nak dapatkan sperma lembu untuk dibuat kacukan.

LIGHT SENSATION
Tempat ni lah uzu asyik bawak encik tunang tapi tak terpergi.. Wahh tengok rezeki kami boleh pergi dan ambik gambar kat sini.. Tapi waktu siang ni, takde apa sangat. Nama pun light sensation.. Lampu mestilah dipasang ketika malam.. Oh rugi pulak tak datang waktu malam kan?

KG UPIN IPIN.
Kat sini memang crowded sangat budak-budak.. YE lah kartoon pemes kat malaysia.. Kalau tak ke sini macam tak best pulak. Uzu berminat bila ada aktiviti tanam menanm pokok. Wah sonok masuk dalam kg upin ipin. Ada game dan persembahan dari upin ipin juga..
 Aktiviti menanam pokok.
 Persembahan upin ipin.

KG MEKCUN
CASTLE OF FRUITS
Tujuan utama kami kat sini adalah makan durian. Wahhhhh lama tak makan durian ni. Alhamdulillah sebab ni durian belanda yang takde lagi stok yg ada. Kira kami orang bertuah lah makan.. Harga murah je sekilo kat MAHA ni..

DINNER DI EMPAYAR MAKANAN.
Wahhh dinner kali ni di empayar empangan MAHA 2016. MAcam-macam jenis makanan yang ada. TEmpat maknan ni memang luas dan cukup untuk semua.. Ergh uzu perkena nasi briani udang galah. Heheheh.
Setel dah uzu jalan-jalan kat MAHA. Tapi ni baru separuh.. Itu pun tak habis pusing lagi. Just pergi tempat tempat yang pentng dan rasa menarik. Kami pergi 16 checkpoint... Balik-balik rumah terus pengsan ke pagi.. Tak makan tak itu tak ini terus tido.. Betapa penat dan sakitnya kaki kami hari ni. hahahahha apa pun pengalaman yang menari dan insyaallah tak serik lagi. ! ok lah bye Salam..

MAHA DI BERITA HARIAN ONLINE
"MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus, kita yakin bilangannya akan terus meningkat beberapa jam sebelum MAHA 2016 melabuhkan tirai,"

"Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus.

"Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA," katanya.

JOM TENGOK VIDEO MAHA 2016

KUNJUNGAN PENGUNJUNG YANG RAMAI

4 comments