Re-Opening Outlet of The Face Shop Pavilion : 5th Generation Flagship

New Outlet of The Face Shop Pavilion : 5th Generation Flagship  | Salam semua. Lama tak update blog . Hehehe maklumlah uzu busy beberapa minggu ni dengan persiapan majlis pertunangan uzu di Sabah minggu lalu. Sebelum balik sabah 2 minggu lalu, uzu sempat ke outlet pembukaan semula outlet The Face Shop di Pavilion, iaitu 5th Generation Flagship sesekali terus nak cari hantaran untuk majlis pertunangan uzu.. Then sesambil tu lah uzu berkesempatan ke event yang dianjurkan oleh The Face Shop ..

Eh eh eh sebelum tu kan, uzu nak bagitau lah pasal The Face Shop ni serba sedikit, nak bagi pengenalan serba sedikit mengenai The Face Shop.

The Face Shop

Mengikut kepada info yang uzu dapat di wikipedia,

The Face Shop adalah sebuah penjagaan kulit dan kosmetik pengilang yang berpangkalan di Korea Selatan, peruncit dan perniagaan francais. Ia adalah anak syarikat LG. Produk-produknya termasuk badan mandian, penjagaan kulit dan solekan yang bertujuan untuk kedua-dua wanita dan lelaki. Ibu pejabatnya terletak di Gwanghwamun Building LG di Jongno-gu, Seoul.

The Face Shop telah dilancarkan pada Disember 2003 dengan satu kedai di Myeongdong. pemasaran syarikat besar berasaskan produk semula jadi. Ketua Pegawai Eksekutif 'TheFaceShop Co., Ltd.' adalah Jeong Un-ho (Hangul: 정운호). Ia membuka kedai ke-100 pada bulan Jun 2004 dan menjadi syarikat kosmetik ketiga terbesar di Korea Selatan pada Disember 2005. Ia terus berkembang dan memasuki pasaran luar negara membuka kedai ke-100 pada April 2006 dan kedai utama di Beijing pada Mac 2008. Terdapat kedai-kedai di negara-negara termasuk Australia, Brunei, Kanada, China, Republik Dominican, India, Indonesia, Jepun, Jordan, Malaysia, Mongolia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, UAE, United States, Costa Rica, dan Vietnam. Sehingga April 2012, ia mempunyai 930 kedai di 24 buah negara. Termasuklah di Malaysia.

Produk Face Shop terdiri daripada alat solek, penjagaan kulit, badan dan rambut produk dan macam-macam lagi produk yang telah dihasilkan..


Re-Opening Outlet of The Face Shop Pavilion : 5th Generation Flagship
Kalau nak tahu, macam-macam produk yang ada kat The Face Shop , dari hujung rambut ke hujung kaki, tak kira produk kesihatan dan kecantikan, untuk dalaman atau luaran semua benda ada.. nak tau tengok tak produk-produkl tu?  Ok boleh layan gambar. Hihi..



Haaaaaaa amacam? Meroyan tak tengok macam-macam jenis mekap ada? haha kalau uzu  tak puas tengok semua mekap mekap the face shop ni, InsyaAllah lain kali kalau ada masa memang nak godek satu persatu produk-produk The Face Shop ni.. Lagi pun sape tak kenal The Face Shop kan? 1 malaysia dah kenal saebab produk ni dah lama wujud kat Malaysia..

Ok uzu nak cerita 3 zone yang paling uzu suka kat The face Shop ni. Antaranya seperti :

Cushion Zone
Antara yang menarik ialah cushion zone. ni adalah cushion terbaru dari The Face Sho,p, Disney x THE FACE SHOP Cushion Collection . Ada tiga jenis cushion iaitu 

1. TFS - Disney (Monster, Inc) CC Long Lasting Cushion 
Berfungsi untuk menutup liang pori yang terbuka dan memberi perlindungan SPF50+ PA+++ selama 12 jam. Wahh uzu suka dengan moster ni.. kiut!
2. TFS - Disney (Pooh) CC Cooling Cushion
 Selalu melakukan aktiviti luar? Boleh cuma yang ini kerana ianya berfungsi untuk melegakan kulit wajah dan memberi kelembapan menyeluruh kepada kulit wajah yang kering kerana ianya mengandungi SPF42+ PA+++ dan juga 4 jenis bunga (damask rose, chamomile, cornflower, lotus).
3.TFS - Disney (Mickey) Power Perfection BB Cushion
Berfungsi untuk memberi perlindungan SPF50+ PA+++ serta kemasan sempurna terhadap cela di wajah. cantik tak kaler cushion ni. Kaler hitam .. cantik..

 Premium Zone
Kat sini juga ada premium zon.e Benda memahal semua kat sini. Mahal dan of coz kualiti sangat bagus.  Ada the first serum, ada the therapi moisture blending dan dll.

Best Item Zone
Best item pulak dikumpulan produk-produk yang hot selling. Kalau korang nak tau produk mana yang best, boleh ke best item zone. UZu ada tengok cussion foundation, first serum, first theraphy moisture blending, jeju aloe fresh soothing gel, damyang bammo fresh smooting gel,ddan white seed.

Sempena pelancaran pembukaan semula outlet TFC, ada beberapa aktiviti bersama blogger telah berlangsung dan antaranya ialah Skin Analysis & Cleansing Foam.

Yang ni tempat skin analysis.  Kat sini Alicia explain macam mana skin condition cik blogger yang sukarela menjadi model demostration. Dengan hanya scan, then kulit muka kita dah boleh tahu automatik kat tab ni so sesiapa ada masalah kulit akan diberi tips serta produk The Face Shop yang sesuai untuk kulit muka kita.
Blogger yang jadi demostrations
AKtiviti kedua ialah cleansing with foam demostrations. Ni adalah cara macam mana nak hasilkan buih yang terbaik. Kalau nak cuci muka dengan cleansing terbaru iaitu cleansing foam yang ramai lagi tak tahu kewujudan cleansing foam, tapi memang kebetulan uzu tengah pakai cleansing jenis yang buih tu je. Best giler wei.. Sedap je pakai buih buih bagai kan.. so uzu tahu lah kan sonok lah bila dapat tahu The Face Shop pun ada mmg teruja kan.!! So kat demostration ni uzu belajar macam mana nak buat buih dengan lebih banyak dengan span khas dari The Face Shop.
Aktiviti seterusnya ialah The Amazing Shopping Competition Round 1. Kami diminta untuk mencari kumpulan masing-masing.. Uzu satu kumpulan dengan Yaya Natsumi, Yuyu Zulaikha dan Aida Sue. Aktiviti ni lebih kepada quiz. Kami di beri quiz yang agak susah juga tapi alhamdulillah berjaya dengan pass juga quiz tu..

Aktiviti seterusnya ialah sambungan dari quiz tadi..The Amazing Shopping Competition Round 2 pulak, iaitu kami diberi masa 5 minit untuk membeli belah produk the face shop tetapi dengan nilaian yang ditetapkan. Contohnya kat kertas tu RM288.95 . So kami kena cari beberapa produk dan tengok harga, combine dan calculate total produk-produk yang kami beli, kalau hampir hampir sama maknanya kami menang dannnn guess what tak sangka weiiiii kami menang tempat ketiga dengan beza 8 sen je. Hihi.
Alhamdulillah kami dapat produk bernilai RM150 dan dapat mekap free ! Horayy dan yang best tu dapat free make over you olls ! Terbaikk !! Hihihi. Sonok dan happy bila dapat mekap baru.. Lagi-lagi produk takde bahan kimia ni, semua natural je kan.. Best sangat-sanag! Heheheheh..
Apa pun thank you The Face Shiop Malaysia sebab invite uzu dan rerakan blogger yang lain untuk visit new outlet kat The Face Shop pavilion ni.. Hara event-event macam mengeratkan lagis ilaturahim antara blogger dan pihak The Face Shop. Harap dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang .. Jom korang kalau g Pavilion jangan lupa singgah The Face Shop outlet di alamat seperti berikut :)
Alamat :
THE FACE SHOP 
Pavilion 5th  Generation Flagship Store
Lot 4.52.01, Level 4 @ Pavilion Kuala Lumpur

0 comments