Lepark Port SU (Saujana Utama) : Makanan Kat Sini Semua Sedap-Sedap Weiii !!

Lepark Port SU (Saujana Utama) : Makanan Kat Sini Semua Sedap-Sedap Weiii !! | Salam. Pernah uzu dapat soalan, kalau kami jemput review kedai kami, uzu nak p tak? Kedai kami tepi jalan je? Terus rasa tersedak perut dalam soalan macam tu.. Tetiba rasa sebak sebab kenapa pulak uzu nak memilih kan? Uzu bukan jenis yang memilih bab tempat makan. Gerai tepi jalan pun uzu layan sebab mostly sedapsedap ape.. Janji HALAL ..Hihi

Ok first uzu nak minta maaf sangat-sangat sebab uzu dah banyak kali postponed review food court ni. Dengan examnye kan.. Dengan nak tunangnye. Last-last lepas majlis tunang balik KL sebab tak nak tunda lagi review ni. Ni kita dah lock date.. Dah janji so kena datang juga lah.. Sorry sesangat ye..

Hm okay uzu percaya ramai dalam kalangan pembaca uzu ni ada yang stay di area sungai buloh, area shah alam, area puncak alam dan sekitarnya? Uzu nak share lah kan tempat port lepak paling baik dan mantapppppp terutama dari area Saujana Utama..

Gerai tepi jalan yang uzu maksudkan ialah namanya Lepark Port SU, iaitu tempat lepak makan-makan di area Saujana Utama.. Area tu betul-betul di hadapan kedai Ayamas Saujana Putra. Korang waze je.. Bila sampai kat Ayamas tu, tengok kat tepi jalan.. Ada tak gerai-gerai kecik? haa disitulah tempatnya Lepark Port SU..Banyak gerai yang menarik perhatian dan antara 3 gerai ni adalah pilihan uzu iaitu Char Kuey Teow leleqq , Enak Chicken Chop dan kedai minumanm.. Opkos kena ada kedai minum.. Nanti tercekik makanan kat leher. Hehehe .

1. Char Kuey Teow by Faeez Taste 
Uzu memang suka sangat dengan char kuey teow ni.. Uzu suka char kuey teow dari Mailis Corner. Sebab sedap. Yang kedua, haaa uzu suka char kuey teow dari kat sini lah.. char kuey teow Faeez Taste. Kenapa char kuey teow faeez tase menjadi pilihan uzu? Sebab rasa dia memang lain dari char kuey teow kat kedai lain.. Tapi kelainan tu bukan tak sedap, tapi ternyata sedap ! Ini serius ni uzu tak tipu.. Bukan sebab kami dijemput review semata-mata tapi memang sedap..

nak tau kenapa sedap? Sebab owner kedai char kuey teow ni ada perecah char kuey teow sendiri. Haa menarik tak? patut lah sedap weiii  ! Kalau tak sedap, kenapa ad aproduk sendiri? Mesti permintaan ramai.. Ini lah perencah char kuey teow dari Faeez Taste..
Perencah ni bukan saja untuk char kuey teow tapi boleh dimasak dengan menggunakan mee goreng, nasi goreng dan macam-macam lagi haaa.. Seperti yang uzu cerita tadi, uzu dah makan ketiga-ketiga jenis menu yang menggunakan perencah char kuey teow faeez taste ni.. Uzu bagi 5/5 bintang !!
Ok perkenalkan ini lah owner char kuey teow tu haa, Encik Faiz Ayob
2) Enak Chicken Chop & western Grill
Gerai kedua ialah westen..Memang kebetulan lah semua meu-menu , uzu suka.. Westen pun uzu suka makan.. Ingat lagi kalau dudk kat hostel, tekak nak makan westen je lagi-lagi chicken chop.. Uzu dengan chicken chop ni dalam sebulan mesti 2 3 kali kena makan.. Kalau tak, macam tak lengkap hidup. Banyak-banyak chicken chop yang uzu pernah review sebelum ni, takde lagi chicken chop yang macam sesedap chicken chop ENAK CHICKEN CHOP & WESTEN GRILL...
Ini lah chicken chop yang uzu rasa.. Memang sedap beb.. Nama menu ni ialah Enak Cheezy BBQ Fried Chicken.. Perghhhh memang merecik rasa dia.. Dengan kuah BBQ yang homemade, dibuat sendiri oleh owner kedai ni... Memang gabungan yg sangat aummmm lah org kata.. Uzu bagi 5/5 bintang..
Bukan setakat chicken chop cheezy ye. Ada macam-macam jenis chicken dan chicken grill.. Tahu tak kesedapan Enak Cheezy BBQ Fried Chicken ni macam mana? Perasaan dia macam nak datang lagi sanggup redah jammed dari Cheras ke Saujana Utama.. haaaaa gitu lah kesedapan dia.. Sekali kita dah rasa, rasa macma nak lagi dan lagi... Memang uzu puji sangat-sangat abang ni buat chicken chop dia.. Terbaik bang askar ! Ehhh terbaik abang kapten !

Yang  ketiga ialah, op kos lah kalau ada kedai makan, kena ada kedai minum.. Kalau tak, tercekik lah korang kan? Haaa di Lepark Port SU ni ada kedai minuman juga.. Ada pakcik danmakcik meniaga kat sini.. Macam-macam jenis minuman yang boleh diorder.. Dari cawan kecik hinggalah cawan besar...
Air apa ni eh? Lupa dah.. First time uzu rasa. Macam jus oren campur soda dan campur kiwi sikit. Memang special juga minuman ni.. Dragon fruit pun ada tapi tak order pun.. Memang sedap makcik ni buat air. Tak manis tak pahit tak kurang rasa.. Semua cun cun je..
Ok lah last but not least, uzu nak ucapkan terima kasih menjemput kami review Lepark Port Su ni. Memang first time ke Saujana Utama.. Hahaha tak pernah datang sejauh ini.. Kalau takde korang suruh review, tak merasalah chicken chop, char kuey teow dan air yang sedap ni. Terima kasih sebab jemput kami ye. InsyaAllah nanti lagi kami singgah..
Ok kepada pembaca blog uzu, siapa yang dekat dengan Saujana Utama tu, jemput datang ke Lepark Port, waze je Ayamas Saujana Utama, memang akan sampai lah korang k tempat tu.. Sebab depan ayamas tu je.. So far semua ok.. parking pun sedang. Kawasan pun bersih.. Nak lepak tnegok bola pun ok dan jangan risau kalau bab hujan, ada khemah tengah on call .. Hihi..Ssoooo jemput datang tau semuaa.. 

Alamat :
Lepark Port SU (Saujana Utama)
Tapak Penjaja Zon B MDKS,
Jln Elmina 1, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Selangor.
(Berhadapan Ayamas dan bersebelahan Petronas)

2 comments