8th MBA International Badminton Tournament at Port Dickson | Michael's Badminton Academy

8th MBA International Badminton Tournament at Port Dickson | Michael's Badminton Academy | Salam. Minggu lalu uzu dan beberapa blogger ke Port Dickson semata-mata untuk join tournament badminton di Michael Badminton Academy yang mana ini kali ke-8 pertandingan ni diadakan..

Memandangkan uzu kategori Women Single Open , game uzu start Jumaat (11/03/16) bermula jam 10:30 pagi. Hehe. Wow terasa nevesnya kat situ.. Memula berlagak sebab kengkonon tak neves tapi... haaa bila malam khamis tu dapat jadual perlawanan, rupanya ada lawan dari negara luar, terus jadi neves sangat2. Hihi. Maklumlah. Lama tak main badminton..
Jumaat tu, ni lah 1st time uzu ke MBA .Mula-mula tengok dari jauh, wahhh besarnya dewan. Ini adalah tempat ke-3 so kali ni MBA decide buat dewan atas tanah sendiri.. Perghh bangga kejap.. Lagipun kawasan PD semakin membangun so why not kan MBA ni terletak kat PD . Hehe.
So, kategori pertama pada pagi tu adala untuk lelaki. Bertuah sungguh lah si Syukri Tahir sebab game dia start 9:30 pagi. Bagi uzu, game start awal lagi bagus. Lagi cepat habis. Kalau lambat, lambat lah habis perasaan cuak ni. Rasa macam.... sakit perut memanjang.. Nak makan pun takde selera. Kah!
Ni pulak tempat pendaftaran. Kena daftar kat sini 20-30minit sebelum perlawanan . Jangan lupa daftar pulak ye. Kang tak pasal-pasal menang tanpa bertanding. Hehe.
Nama dah kena panggil.. Buat-buat tak neves. Hahaha.. ST ketika ini dah kalah dengan hormatnya. Memang campion betul yang masuk pertandingan kat sini. Tengok semua hebat-hebat. Hehehe. International Tournerment kot! Siap ada dari luar negara... Kalah secara hormat lah tu at least ST ni dia merasai berlawan di gelanggang badminton.

Actually, game pertama tu, uzu memang. Dengan point 40-0 hehehe. Menang tanpa bertanding sebenarnya.. Kelakar... Buat cuakk je.. So next game uzu pada jam 6.30 petang hari yang sama. Banyak masa lagi sementara tunggu next game, so uzu decide nak tidoo je. Hehe. Penat sangat drive malam tu dari KL-PD .. Waktu jammed pulak tu. Bertabahlah Hehe.

Jam 6 petang uzu datang dewan MBA . Tepat jam 6.30 petang nama uzu kena panggil. Tengok pihak lawan pun hadir. Op kos lah hadir. Kalau tak datang, menang tanpa bertanding sekali lagi lah nampak gayanya. Hahahaha Dapat pingat gangsa dengan percuma. Fuh berangan. Walhal next game, kalah dengan hormatnya juga. Lawan memang terbaik !  
 
Lepas je kalah tu, terus balik. Haha sambung esoknya pulak. Ada acara perasmian. Pepagi buta tu dah terpacak kat dewan MBA. Breakfast dulu yang penting. Hehe . Dan pyang palinggg penting bergambar kat signage ni. Signage baru je letak. Lawa tak? Bangga nya rasa dapat bergambar kat signage MBA ni. Hehe.
Ambik gambar kenangan dengan anak kepada Michael's , owner MBA. I really2 like him because he's very humble person. Nak ambik gambar pun takde masalah. Hehe. Orang nya yang kacak . Hihi.. Cewahh puji kemain.. krik..
 And the ceremony start.. Ni lah VIP-VIP yang hadir untuk majlis perasmian 8th MBA International Badminton Tournament . Waktu ni belum kenal lagi, mana satu owner MBA ..
Ok memperkenalkan owner Michael's Badminton Academy.. Di dalam ucapannya , beliau berkata .. Akademi Badminton Michael (MBA) baru-baru ini mengumumkan pembukaan dewan badminton ketiganya di Port Dickson - kemudahan badminton penuh dilengkapi dengan reka bentuk dan teknologi moden dan kontemporari. Dirasmikan oleh Dato 'Abd. Khalid Bin Mat, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, pelancaran MBA PD bermula dengan Kejohanan Badminton MBA Antarabangsa ke-8 2016 pada 11 hingga 13 Mac 2016."

Acara tiga hari itu telah menarik lebih daripada 450 pemain badminton tempatan dan antarabangsa untuk Port Dickson yang mengambil bahagian dalam 25 kategori berbeza. Kejohanan ini merangkumi semua kategori dalam kejohanan rasmi dan juga menawarkan kategori tambahan yang popular di kalangan keluarga seperti 3v3 (tiga kali ganda daripada hanya beregu) dan beregu keluarga (salah seorang ibu bapa dan seorang kanak-kanak).

Secara keseluruhan, Malaysia mendahului dengan 11 pingat emas, diikuti oleh Indonesia dengan 5 emas dan China, Taiwan dan Singapura masing-masing 3 emas ada.
Di akhir majlis pula, ada penghargaan untuk pemain-pemain yang berusia 80 tahun keatas. Uzu terkejut dengar berita ni. Rupanya ada pemain veteran 80 tahun ke atas. Perghhh diorang datang kesini bukan semata-mata nak bercuti tapi nak masuk pertandingan ni. Tahniah diucapakan !

Begitulah ceritanya perjalanan uzu mengenai 8th MBA International Badminton Tournament at Port Dickson. Uzu nak berterima kasih kepada pihak MBA kerana menjemput uzu dan blogger-blogger yang lain, Terima kasih kepada PR yang the very awesome, treat us like her friends, Samantha Lee and thanks MANOAH kerana memberi peluang kami merasai pertandingan ni. Well kalah menang adat permainan. Kita jumpa tahun depan ! Hehe ok bye Salam :)
Email : info@mba101badminton.com
T: (+603) 7803 4166  | F: (+603) 7803 4186

4 comments